Wednesday, June 24, 2009

Hari-hari biasa...macam biasa, seperti biasa

Isnin dan selasa (semalam) saya berada di Park Royal Hotel, Kuala Lumpur. Ada training airconditioning, chillers, cooling tower & water treatment. Belajar dalam bilik yang sangat sejuk tapi dengan makanan yang enak-enak membuatkan saya tidaklah bersa terlalu penat dan letih. Memandu daripada Batang Kali ke Park Royal tidaklah terlalu jauh tetapi 'traffic jam' yang meletihkan badan. Dari Jalan Pasar hingga ke Rawang jalan raya sesak dgn kenderaan yang datang dari mana ntah.

Saya berasa amat berlainan dengan pengalaman saya di Perlis dulu. Kuala Perlis ke Kangar dengan kelajuan malar 70km/j baru 10 minit. tapi disini tidak. Kalau nak sampai awal harus keluar awal pagi. Saya sepanjang perjalanan melalui Taman Templer, Institut Kraftangan Negara dan Taman Sg Kancing amat menyenangkan dengan rimba yang hijau disepanjang jalan. Amat memenatkan jika tersangkut didalam perjalanan.

Sepanjang jalan tersebut banyak yang saya fikirkan untuk aktiviti dan program belia cawangan yang sedang saya fikirkan. Namun ia mengambil masa dan mungkin sebahagian daripada idea itu tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak. 

Saya sampai dirumah pada pukul 7.30 malam. Badan letih bukan kepalang. Tuhan saja yang tahu. Selepas mandi baru terasa segar satu badan...

No comments: