Wednesday, March 16, 2011

Kembali Menulis?

Intro...

1. Sudah lama rasanya tak menulis disini akibat desakan dan tekanan kerja. Sudah terlalu banyak isu yang mahu diketengahkan tetapi masa agak terbatas. Bahkan ada sebahagian hal peribadi yang tidak dapat diselesaikan. '

2. Rasa terpanggil untuk menghidupkan kembali blog ini tapi bukan sekarang mungkin sedikit masa lagi.


Kes Liwat: DSAI Vs Saiful Bukhari

3. Kes perbicaraan kes liwat DSAI masih lagi berjalan. Bukti ditolak mahkamah dan kalau difikirkan balik, lepas ni lebih ramai perogol akan dibebaskan dari penjara sekiranya keputusan mahkamah ini diambil kira atas alasan bahan bukti yang diambil tanpa persetujuan tertuduh. Susah la macam ni.

4. Ramai dari kalangan NGO mendesak & berpiket memaksa DSAI menyerahkan DNA beliau kepada forensik untuk disuaipadan dengan DNA yang dijumpai di dalam dubur Saiful Bukhari tapi beliau tetap dengan keras menolak. Bila nak habis? Karpal Singh pula meminta ditangguhkan perbicaraan atas alasan kematian adik beliau.

5. Disebalik kelam kabut ini, ramai yang telah meninggalkan PKR terutama dari ranting dan cabang PKR akibat hilang kepercayaan kpd kepimpinan DSAI serta pelbagai kepincangan parti. Tengah tenggelam & semakin hampir ke dasar....

Tsunami Di Jepun.

6. Gempa bumi kuat bermagnitud 8.8-9.0 pada skala Richter ber pusat di utara Jepun menyebabkan kejadian Tsunami dahsyat dan akibat dari tsunami tersebut menyebabkan reaktor nuklear meletup dan menghambur radiasi ke udara.

7. Paten angin menunjukkan awan beradiasi mungkin akan dibawa ke bahagian Amerika Utara dan Tokyo serta St. Petersburg telah mencatatkan kehadiaran radiasi pada tahap berbahaya.

Outro

8. Menulis dalam kekalutan memang agak janggal. Saya akn kembali menulis....

Monday, January 31, 2011

Mengarang & Karangan

Intro
1 - Sudah lebih 1 tahun tidak menulis di blog ini. agak sibuk dengan urusan kerja & lain-lain hal.

JKKK & Elaun

2- Saya dapat merasakan pertandingan merebut jawatan JKKK di semua tempat akan menjadi lebih sengit teutama di Negeri Perlis.

3 - Sejak PM DS Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan elaun JKKK & JKKKP dari RM400.00 kepada RM800.00, saya dapat merasakan yang pertandingan akan menjadi lebih sengit.

4 - Blok pemimpin akn meletakkan calon masing-masing dalam setiap cawangan bagi menguatkan pengaruh terutama dalam mendapat sokongan untuk jawatan Pengerusi Badan perhubungan UMNO Negeri.

5 - Secara dasar, saya tidak berminat untuk memilih seseorang yang gila kuasa untuk ke posisi itu dan tidak pula memilih mereka yang setanding mereka itu.