Saturday, July 12, 2008

Seruan saudara Saiful kepada anwar terus dari blog beliau

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakyat Malaysia,
Dengan ini, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya BERMUBAHALAH di hadapan para ulamak.
Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, Ingin saya tegaskan disini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar. Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini.
Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka dan tidak sesekali mempersalahkan rakyat dalam hal ini.
Sebagai mangsa, saya berhak untuk mendapat pembelaan.
"Yang HAK Pasti Berdiri, Yang BATIL Pasti Jatuh", Allahhuakbar.
Sekian,
Saiful Bukhari.
p/s: Kepada Anwar, tetapkan tarikh dan masa untuk BERMUBAHALAH . Insyaallah saya akan hadir. Saya tidak gentar.

Saturday, June 21, 2008

MENJUNJUNG KASIH TUANKU RAJA PERLIS


Pada 17hb Jun 2008 yang lepas, bapa saya telah menerima anugerah darjah kebesaran DiRaja Perlis Pingat Mangku Perlis (PMP) semperna ulang tahun keputeraan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullai, Raja dan Pemerintah Negeri dan Segala Jajahan Takluk Negeri Perlis Indera Kayangan di Balairung Seri Istana Arau.

Turut menerima pingat ialah 3 lagi JKKK yang telah lama menyumbang bakti hampir 20 tahun kepada negeri. Pingat tersebut adalah pingat tertinggi yang pernah di anugerahkan kepada pemimpin komuniti di negeri ini sejak ia diperkanankan. Dengan ini patik seisi keluarga menjunjun kasih ke bawah duli Tuanku atas kurniaan Pingat Mangku Perlis (PMP). Daulat tuanku! Raja dan Rakyat Berpisah Tiada!


Wednesday, June 18, 2008

UMNO JATUH KERANA TANGAN-TANGAN AHLI SENDIRI

Saya bercadang setiap mensyuarat agong 3 jenis borang

1. Borang menjadi penyokong pemimpin A
2. Borang menjadi penyokong pemimpin B
3. Borang keluar UMNO

Ingatlah wahai pemimpin dan ahli, UMNO tidak akan mantap dan maju serta tidak akan menjadi tulang belakang Melayu lagi jika kronisme, nepotisme, korupsi dan amalan politik wang terus menjadi RUKUN IMAN pemimpin dan ahli-ahli. Bersihkan UMNO daripada individu seperti ini.

BERSATU KE ARAH UMNO BARU!

PETRONAS TIPU RAKYAT KE?

Ini adalah buletin blog www.friendster.com yang saya terima dan saya telah mendengar hal yang sama. Saya harap sangat-sangat akan penjelasan yang sebenar... Ini adalah mesej sebenar

Wahai warga Malaysia sekelian.... ..hebahkanlah cerita benar ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas.... .
Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi tuuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu....
Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu.... Sebenarnya kita ni duduk je Malaysia...tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan Srawak tu, kita tak penah pakai pun...Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A...Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara...jadi petronas telah beli pulak minyak gred C...Diulang Gred C.....untuk digunakan dimalaysia dan diletak logo Petronas.... dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali...maklumlah minyak gred C.
Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B...Inilah yg rakyat malaysia tak tahu...kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan . Itu lah antara sebab2 nye...
Untuk pengetahuan anda semua...semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan "isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik"...Semua e-mail tersebut adalah mengarut.Anda semua kena tipu.....Minyak tetap naik jugak kan....Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas...sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas...bila makin besar untung...makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat...Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja...Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati.... Dasyat betul diorg menipu rakyat.mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagaihkan sama rata kepada rakyat....Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di malaysia...masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap "bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)"dah la gaji dia rm 6+++...Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus....Pasal Peraduan Car Craze......yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas...apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze...Semua rakyat dapat rasa..ni tidak...dahla jual minyak gred C....Pas tu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu...aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk malaysia...tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex @ Mobil/Esso dan skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. ..Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yg anda suka kerana duit tersebut adalah duit anda...

Monday, June 16, 2008

Y.A.B DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI DAN ZAMANNYA

Assalamualaikum.

Akhbar telah pun menyatakan pernyataan bahawa PM akan meletak jawatan dalam suatu situasi aman dan tersusun. Bagus. Kebanyakkan peralihan kuasa di Malaysia memang begitu. Pak Lah mempunyai visi dan visi tetapi sukar diterima oleh pelbagai lapis dan fahaman masyarakat kerana dikaburkan oleh entiti yang saya pun tidak faham kerana terlalu banyak faktor yang mendorong ke arah tersebut.



ISU ISLAM HADHARI

Pembangkang mempolitikkan isu Islam Hadhari dan berjaya menjual isu ini sehingga tersungkurnya kerajaan pada PRU yang ke 12. Islam Hadhari diperkenalkan apabila dunia mengalami sindrom ISLAMOFOBIA sejak peristiwa 9/11/2001. Dunia menunding jari kepada dunia Islam dan melabel Nabi Muhammad SAW sebagai pengganas, gila seks dan pelbagai tomahan yang dahsyat dan tidak boleh diterima oleh segenap umat Islam. Orang barat serta medianya tidak boleh disalahkan kerana kita boleh lihat kebanyakkan negara-negara Islam boleh dikategorikan sebagai blok miskin dan mengamalkan sistem pemerintahan Islam yang sempit.

Lihat sahaja di Afghanistan dan Pakistan. Wanita tidak dilayan sama adil dengan hak yang sepatutnya mereka dapat termasuk pendidikan dan professionalisme. Melayani isteri dan wanita dengan sepak dan terajang adalah lumrah kehidupan wanita disana dan libralisasi terhadap hak-hak wanita hampir tiada. Pendidikan kepada anak-anak perempuan diabaikan termasuk juga kanak-kanak lelaki yang rata-rata menjadi buruh pada usia muda dan menanggung tanggungjawab keluarga sejak dari usia muda lagi. Kerana faktor kemiskinan inilah yang menyebabkan mereka tiada penggantungan ekonomi dan hidup melarat disamping kesan perang saudara terutama konflik Mujahiddin-Taliban yang menyaksikan pengusaan Amerika di Asia Selatan.

Kesan daripada itu, PM telah pun memperkenalkan cetusan idea Islam Hadhari atau Islam yang bertamadun bagi menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh kepada negara-negara Islam yang lain. Namun hal ini dipolitikkan pembangkang dan mempersoalkan nama Islam Hadhari dengan menyatakan bahawa Islam itu syumul dan sesuai pada setiap zaman dan tiada 2 atau 3 jenis Islam di dunia. Sebenarnya, model negara Islam yang mementingkan hak-hak kepada entiti yang berwajib (tidak zalim) dan menyanggah Islam sebagai agama yang menolak pemodenan. Itulah sebenarnya yang ingin disampaikan kepada dunia dan rakyat tetapi rakyat sekarang terlalu 'alim dan semua rakyat Malaysia lulusan Al-Azhar. Susah la PM, depa bukan faham...nak buat macam mana...


Pak Lah menjadi PM pada zaman yang salah


PM menjadi PM pada zaman yang salah. Not at the right time kata orang London. Beliau menjawat jawatan pada masa dunia mengalami peningkatan inflasi. Saya yakin, kalau nda menjadi PM pada masa sekarang pun anda akan ditolak keluar oleh rakyat. Sebenarnya beliau mampu mentadbir negara dengan baik tetapi rakyat Malaysia tidak diajar bersabar. Lihat saja nahas jalanraya gara-gara tidak sabar.

PM menjadi PM pada zaman harga minyak dunia sedang rancak melambung dan kesannya, beliau dilemparkan sebagai PM (penaik minyak) tapi apakan daya, dari melihat negara muflis, kerajaan kena juga kurangkan subsidi demi menjaga lain-lain urusan rakyat. Rakyat faham Dato' Seri? Tak faham la sebab Dato' Seri Anwar Ibrahim kata dia boleh 'peturun' (menurunkan) harga dengan startegi beliau. Kita harus faham bahawa, harga barang ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia. Kena pulak OPEC tak setuju dengan cadangan naikkan kadar keluaran harian dunia. Kalau macam tu, minyak Petronas jual saja dalam negara. Lombong disini, proses disini, jual disini. Penuhi dulu permintaan domestik berbanding dunia.

PM juga menjadi PM semasa zaman Malaysia ada banyak lepasan Al-Azhar. Masing-masing pandai agama. Isteri PM dan isteri menteri-menteri tak pakai tudung pun jadi isu. Jadi modal. Jadi bahan. Saya tak mahu mengulas lanjut kerana bagi saya itu hal peribadi dan masing-masing bukan kerana takut mengulas. Tapi, itulah isu yang dipalu terutama di kedai-kedai kopi di kampung-kampung.

PM juga menjadi PM Malaysia ketika Malaysia menghadapi reformis yang semakin berani menyentuh isu sensetif keagamaan dan perkauman. Pelbagai benda depa nak. Nak hak itu nak hak ini. zaman Dr M takut pulak nak mintak. Tapi itu la hakikatnya.

PM juga menjadi PM apabila pemberontak parti lahir dalam UMNO sendiri. Tengok saja diri tak tercalon, nak boikot parti, tak mau buat kerja pilihanraya, nak hasut orang lain undi parti lawan/ jangan keluar mengundi sampai Paklah tersepit antara kehendak pemimpin peribadi dan ketuanan sultan dan raja. Sudahlah pening dengan urusan kerja dan negara, depa tambah pulak pening dengan penamaan calon dan jawatan kerusi panas. Dengan Tun Dr. Mahathir tak berani la pulak nak melobi jawatan dan menentang sultan dan raja. Pelikkan?

PM juga menjadi PM apabila rakyat mampu beli 'spy camera' dan alat curi dengar perlakuan PM dan perbualan beliau dengan anggota keluarga beliau. Yelah, sampai rakyat tahu yang Khairi Jamaluddin tu dok tunjuk PM macam mana nak jadi PM. Kalau tak letak spy camera macam mana depa tau? Mana depa tau yang Khairi dok cucuk hidung PM saya pun tak tau. Sebab itu la rakyat tak puas hati terutama dengan KJ sebab masuk campur hal kerajaan. Hebat juga orang Malaysia. Boleh jadi Mat Bond. Biasalah, orang nak jatuhkan kita, macam-macam helah depa cari. Kalau boleh kes besar kuman pun jadilah asalkan BN jatuh, kerajaan lingkup, bangsa pokai dan agama tergadai.

Namun begitu, kredit kepada Pak Lah kerana mampu bertahan dengan perangai Rakyat. Kalau saya, saya akan buat macam Allahyarham Saddam Hussein. Panggil siapa yang tak puas hati, tanam hidup-hidup. Puak mana tak puas hati, tembak dengan senjata kimia. Nasib baik Pak Lah baik lagi. Apa-apa pun, Selagi dia bergelar pemimpin, selagi itu dia perlu dihormati dan dijaga hak-haknya sebagai pemimpin. Pemimpin datang dan pergi dan silih berganti. jasamu dikenang.

sekian.

Friday, June 13, 2008

PENSTRUKTURAN SEMULA UMNO DAN KERAJAAN

Assalamualaikum,

Penstrukturan semula parti amat penting bagi memastikan survivor atau kemandiri bangsa mampu bertahan sehingga selamanya. UMNO telah hilang sokongan dari kebanyakkan ahli 'hardcore' dan hilang 90% sokongan golongan pengundi muda. Dasar parti yang tidak mendampingi golongan ini serta isu-isu dasar yang lain selain gagal menangkis serangan organisasi dan peribadi terhadap pemimpin dan lain-lain ahli telah berjaya menghalang UMNO meraih sokongan daripada golongan sasaran terutamanya golongan PROFESSIONAL dan GRADUAN LEPASAN UNIVERSITI. Kita perlu tahu bahawa rakyat semakin terbuka mengkritik dasar kerajaan dan hak bersuara amat luas dan pemikiran rakyat terutama golongan muda semakin mengembang dan global.

Kerajaan tidak sepatutnya menganggap golongan ini hanya 'budak baru' dalam politik dan tidak tahu apa-apa tentang dunia politik. Kerajaan harus maklum bahawa, setiap isu dalaman politik yang disiarkan oleh media akibat perang media oleh pihak yang bertelagah menyebabkan golongan muda lebih bosan dan secara tidak langsung mendedahkan kekurangan atau kebodohan sebahagian pemimpin dan akhirnya tahap kepercayaan terhadap kebolehan seseorang pemimpin memimpin organisasi terhakis dan seterusnya menurunkan rating populariti.

Secara dasar, pengstrukturan semula parti dan pengukuhan semula organisasi adalah perlu dan pemilihan parti akan datang diharap pemimpin yang bakal dipilih oleh perwakilan bukanlah berdasarkan populariti, politik wang dan dasar pelobian kuasa pemimpin yang bertanding. Buat yang bertanding selamat bertanding. Kurangkan melobi kuasa sebaliknya pulihkan kembali kuasa Melayu dan parti serta kerajaan. WAHAI IBU-IBU KAMI, LAHIRKANLAH LEBIH RAMAI GHAFAR BABA DAN PEMIMPIN ULUNG.

Thursday, June 5, 2008

Minyak naik, Beras turun...Beras gred apa yang turun??

assalamualaikum.

Saya amat tertarik dengan apa yang jadi sehari dua ini kepada negara kita. Kita sedia maklum bahawa seluruh dunia mengalami suatu epidemik ekonomi yang mana soal harga bahan bakar seperti api yang membakar sekeping kertas; bakar dihujung akan menghangatkan hujung yang lain dan lama-kelamaan semuanya akan terbakar.

Saudara/i

Skim penstrukturan subsidi ini sedikit sebanyak bakal mengundang penyakit harga barang esok atau mungkin sedikit masa lagi. Persatuan perniaga A, persatuan penternak B, pemborong C dan lain-lain struktur carta alir kelas ekonomi akan menunding jari dan yang terakhir dan frasa yang terkenal sepanjang zaman ialah...' Dengan kenaikan harga petrol dan diesel, kos pengeluaran dan penghantaran produk kami terpaksa dinaikkan dan lantaran itu pihak persatuan menggesa pihak kerajaan meluluskan harga siling terbaru yang kami cadangkan". Streotype!

Saudara/i

Golongan berpendapatan rendah dan golongan yang tidak bernasib baik.

Kakitangan kerajaan mungkin tiada masalah kerana boleh dikatakan golongan ini akan mendapat manfaat setiap kali perbentangan belanjawan negara tetapi bagaimana dengan kakitangan swasta dan golongan yang berpendapatan rendah serta golongan miskin dan tidak bernasib baik. Barang makin naik. kos sara hidup makin tinggi.

Kerajaan sangat angkuh dalam menepati tuntutan golongan swasta ini supaya gaji minimum RM900.00 diluluskan. Tidakkah pihak kerajaan tahu yang golongan ini seringkali menjadi mangsa syarikat besar yang hanya mengambil kesempatan terhadap golongan ini terutama pengawal keselamatan dan ini tidak termasuk lain-lain kes. Sudahlah kos sara hidup tinggi dibebani pula dengan gaji yang rendah dan fikirkan pula bagi mereka yang berkeluarga. Tidakkah PM tahu akan hakikat ini? Tidakkah bapak-bapak menteri sedari hal ini?

BERAS SUDAH TURUN?

Terima kasih kepada BERNAS kerana menurunkan harga beras tetapi beras itu beras yang jarang dibeli malah tidak akan dibeli oleh majoriti rakyat Malaysia. Sepatutnya mereka menurunkan harga beras gred rendah dan sederhana kerana beras ini adalah makanan ruji bagi golongan kelas tersebut. Fikrkanlah...

Bersyukur...

Namun kami tetap bersyukur diatas rebat tahunan dan diskaun 30sen yang ternyata tidak langsung membantu malah tidak memberi apa-apa manfaat kepada golongan yang tidak memiliki kenderaan bermotor tetapi terpaksa membayar harga barang akibat kenaikan harga bahan bakar.

Berikanlah layanan yang setimpal sama seperti kakitangan kerajaan supaya keselsaan hidup kami lebih terjamin. meluluskan RM900.00 gaji minima bukannya susah. Minta kerajaan lebih perihatin dalam memberi subsidi beras gred umum bukan beras mahal yang tidak mungkin dimakan oleh golongan berpendapatan rendah dan golongan yang tidak bernasib baik.





Wednesday, June 4, 2008

Subsidi Disel dan Petrol Kita Untuk Kita Sahaja

Assalamualaikium.

keadaan di sempadan negara macam nak perang. Teringat rakyat Iraq ketika di ambang peperangan ketika dibawah kekuasaan Allahyarham Saddam Hussein yang mana rakyat jelata berpusu-pusu membeli bekalan makanan dan bahan bakar bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan. Senario tersebut dapat dilihat di bandar-bandar utama sempadan di utara dan selatan negara kita. Terima kasih kepada kerajaan kerana perihatin dengan masalah bahan bakar dan ketirisan subsidi. Sudah lama susidi kita dicebuk secara halal dan haram.


Sebelum 4/6/08...

Saya berusia 24 tahun dan pernah menetap di negeri Johor dan Perlis dan saya berasa amat sedih kerana setiap sen yang saya bayar (cukai kerajaan) dalam bil-bil utiliti, restoran segera dan lain-lain cukai kerajaan masuk ke kantung indidvidu yang tidak sepatutnya dipayungi oleh setiap sen yang saya keluarkan.

Jika dilihat di Johor Bahru dan Batu Pahat serta di Padang Besar dan Kuala Perlis di selatan negara dipenuhi oleh kenderaan mewah negara Singa meratah petrol subsidi daripada setiap sen rakyat Malaysia laburkan kepada kerajaan manakala di utara negeri pula setiap sen subsidi diesel disedut oleh pikap-pikap yang tertera nombor plat bertulisan melengkung dan meliut. Sungguh sedih dan menyedihkan. Duit sumbangan rakyat diratah rakyat negeri lain.

Dengan setiap pengalaman yang saya alami, saya ingin menyarankan pihak kerajaan supaya setiap sen yang kami, rakyat Malaysia tidak mengalir kepada individu atau pihak yang tidak sepatutnya iaitu dengan cara

1. Setiap kenderaan yang bukan berdaftar di Malaysia walaupun dimiliki oleh rakyat Malaysia tidak mengira isipadu (cc) enjin dikenakan harga penuh tanpa subsidi dan

2. Setiap subsudi dialirkan mengikut spesifikasi, tahun keluaran atau jenis kenderaan atau setiap apa sahaja penanda yang difikirkan perlu ditimbangkan untuk diberikan subsidi mengikut kuota tertentu.

Saya yakin dan pasti, dengan cara tersebut pengaliran wang subsidi dapat dioptimakan pengalirannya akan terjadi penipuan subsidi oleh golongan yang tamak tetapi sekurang-kurangnya subsidi dapat dialirkan hampir 100% kepada yang berhak serta rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terbela.

Setelah arahan daripada kerajaan supaya diharamkan stesen minyak tempatan (50km dari sempadan) menjual bahan bakar kepada kenderaan asing boleh dikatakan berjaya memaksimumkan kadar aliran subsidi kepada golongan yang berhak, namun kadar penyeludupan bahan bakar di sepanjang sempadan jika tidak dikawal dengan tindakan serius, boleh mendatangkan masalah ketirisan subsidi kelak.


Malam 4/6/08

Saya memandu di sekitar Kuala Perlis untuk mengisi Petrol apabila terbaca tentang kenaikan harga petrol dan diesel yang saya baca di www.utusan.com.my pada sebelah petangnya. Saya mula keluar daripada rumah untuk mengisi minyak pada jam 8.25p.m dan beratur di stesen minyak selama hampir 2 jam lebih. Kenderaan hampir tidak bergerak. Polis terpaksa membantu lalulintas kerana jalanraya hampir lumpuh. Pelbagai aksi dan ragam manusia dapat dilihat. Tidak cukup dengan tangki minyak kereta, tong-tong minyak turut diisi dan tidak ketinggalan motosikal berkerumun (berkumpul) untuk mengisi minyak. Tepat pada 10.48p.m saya dapat mengisi minyak tangki penuh RM80.00. Sambil menunggu giliran saya mula terfikir bahana kenaikan harga minyak. Tapi saya tetap bersyukur kerana kerajaan kita masih lagi mampu memberikan keistimewaan dan tawaran rebet tunai tahunan dan pemantauan harga minyak bulanan tetapi ianya tidak cukup membantu rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Di Negeri Perlis, rata-rata penduduknya berpendapatan rendah dan sederhana tetapi kami masih bersyukur kerana kos sara hidup yang masih lagi rendah dan releven tidak seperti dibandar tetapi kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan margin terma berpendapatan rendah patut digubah dari margin sekarang ke suatu margin yang patut dikaji semula.

Cuba anda bayangkan, setelah desakan demi desakan dibuat oleh NGO supaya gaji minima kakitangan swata diaraskan pada RM900 tidak diterima kerajaan, mereka yang berpendapatan rendah sampai bila-bila tidak akan terbela kerana kebanyakkan syarikat swasta tidak mengambil hirau akan kebajikan pekerja sementelah pula mereka akan mencari jalan bagi mengurangkan kos sesuatu pembuatan atau kos pemprosesan dengan cara menggaji pekerja dengan gaji yang tidak standard dan ada sesetengahnya mengambil kesempatan dengan mengaut gaji pekerja kedalam poket mereka. Contohnya....

Pulau Pinang.

Sepupu saya seorang OKU dan telah berjumpa dengan seorang ejen pekerjaan dan bersetuju menerima jawatan disebuah kilang elektronik terkemuka. Dia dan rakan-rakannya bertolak ke Pulau Pinang untuk ditemuduga dan sebelum itu beliau telahpun memaklumkan bahawa beliau adalah seorang OKU (tiada kedua-dua belah kaki dan tangan) dan telah ditawarkan untuk menjadi pengawas kemera litar tertutup (CCTV) didalam pejabat kawalan. Tetapi setelah tiba di sana, beliau mendakwa telah diperdaya oleh ejen tersebut kerana pihak majikan hanya mahukan dia di jawatan pengawal keselamatan dan akan diasingkan dari rakan-rakan yang lain setelah sebelum itu dijanjikan sebuah asrama untuk mereka. Turut diasingkan ialah pasangan suami isteri yang menyertai mereka. Gaji mereka yang dijanjikan sebelum itu ialah RM1500 sebulan dan apabila tiba disana, gaji mereka diluluskan sebanyak RM900.00 sebulan. Setelah mereka menolak jawatan tersebut mereka cuba dihalang dari meninggalkan kawasan tersebut serta diugut. Kejadian tersebut disaksikan oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas disitu dan beliau telah memberitahu sesuatu yang mengejutkan.

Suatu hari, fail gaji pengawal keselamatan terjatuh tanpa disedari penyelia keselamatan mereka. Pengawal keselamatan tersebut menjumpai fail gaji tersebut dan dengan jelas bahawa pihak kilang elektronik terkenal tersebut membayar elaun dan gaji mereka seperti yang dijanjikan iaitu RM1500.00 sebulan tetapi gaji tersebut dicabut RM600.00 oleh pihk yang tidak bertanggungjawab (orang dalam syarikat keselamatan) dan dibayar RM900.00 sebulan.

Fikirkan... Dalam keadaan sekarang, jika kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang sesuai dan betul, hidup golongan yang berpendapatan rendah dan kakitangan swasta tidak terbela dengan sebaiknya dan seadilnya. Bukan melabel kerajaan ini zalim.Tidak. Cuma ingin tindakan tegas kerajaan supaya hidup golongan ini tidak tertindas. Golongan kakitangan kerajaan memang diketahui terbela. Bagaimana dengan petani? Nelayan? Tindakan perlu dan tepat mesti cepat diambil kerana ini akan menjadi modal pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan walaupun mereka faham tiada apa yang perlu dibuat melainkan mengurangkan sedikit subsidi bahan api. Tetapi fahamkah akan si petani? si nelayan? si orang-orang kampung? kerana mereka ini senang teperdaya dengan dakyah pembangkang yng kononnya mereka mampu menurunkan harga minyak walaupun harga minyak melambung US$200.00 setong.

Mereka tidak faham. Apa yang mereka faham minyak tidak patut naik kerana kita negara pengeksport minyak dan barang-barang keperluan harian tidak patut naik kerana kita ada semuanya. Ini hanya menguntungkan pihak pembangkang dan populariti perdana menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jatuh merudum dan hanya akan dikenali sebagai P.M (Penaik Minyak) bukan Perdana Menteri atau 'Prime Minister' kerana awal pemerintahan beliau minyak naik 30sen seliter dan kini 75sen seliter. Kita hanya dapat memberi saranan kepada kerajaan dan hanya mereka sahaja yang akan melakukan yang selebihnya.

Apa pun saya berharap pihak kerajaan memberikan segala komitmen yang penuh terhadap masalah ini dan saya sebagai rakyat faham akan keperluan ini tetapi diluar sana mereka tidak akan faham terutamanya pembangkang. Buatlah yang terbaik untuk rakyat kerana masa telah menunjukan dan menceritakan bahawa yang berkuasa adalah rakyat. Lihat sahaja PRU ke-12 dan lihat sahaja negara Nepal yang mana sistem pemerintahan raja telah dimansuhkan. Sekian.

HIDUP.MELAYU.BERSATU
Angkatan Nasionalis Muda

Friday, May 30, 2008

Kemiskinan dan agihan sumber Negeri Perlis.

Kemiskinan di negeri Perlis membawa kepada keciciran pelajaran dan masalah sosial yang lain. Lihat sahaja apa yang terjadi di Kuala Perlis baru-baru ini? Kejadian berlaku di kawasan setinggan yang tidak terurus setelah sekian lama. Rata-rata penduduk setinggan adalah hidup dibawah margin kemiskinan setempat. Harus diingat, dibawah pemerintahan bekas MB Shahidan Kassim, golongan yang tidak bernasib baik adalah lebih daripada terbela dan kenyang daripada orang 'bernasib baik' di Perlis. Lihat sahaja bulan Ramadhan setiap tahun, boleh dikatan pelbagai jenis orang yang telah pun di'gred'kan oleh kerajaan negeri pada ketika itu mendapat pelbagai sumbangan termasuk drebar teksi, pelajar, ibu tunggal, orang miskin, OKU, warga emas dan pelbagai jenis golongan yang patut dibantu dan yang tidak patut bantu (dari segi geografi dan persempadanan).

Skim Pembahagian/Pengagihan Bantuan

Ramai juga yang mengeluh pada ketika itu kerana cara pembahagian yang tidak kena cara dan ketikanya dan sebagai contoh, warga mas di minta berkumpul di Dewan Warisan Kangar dari sebelum berbuka hingga lewat malam dan diseli oleh ucapan panjang berjela oleh MB atau wakil MB yang kadang-kadang boleh dikatogorikan sebagai 'free speech' yang langsung tidak menghiraukan keadaan fizkal penerima yang terpaksa beratur panjang dan bersesak-sesak seperti dalam tin sardin. Wajarkah kerajaan negeri membiarkan warga emas yang sebahagiannya langsung tidak mampu membawa diri dalam keadaan sedemikain rupa?

Kedua: Bantuan Kemiskinan.

Golongan ini sering ditumpu selain ibu tunggal. Tetapi, skim batuan berterusan adalah amat tidak selari dengan keadaan semasa yang mana bantuan seperti itu hanya perlu apabila rakyat menghadapi musibah/darurat. Jika golongan seperti ini di ajar suap, lama-kelamaan golongan ini hanya tahu merayu bantuan kerajaan tanpa mahu berusaha meningkatkan ekonomi diri dan setempat. Bagaimana jika kerajaan negeri meminda skim bantuan kemiskinan dengan cara mewujudkan suatu peluang pekerjaan kepada golongan ini dengan menghidupkan semula plan perindustrian negeri yang TERBENGKALAI ketika dibawah Dato' Seri Shahidan Kassim. Lot-lot kilang di Kuala Perlis sudah lama terbiar dengan lalang dan jin-syaitan setelah ditinggalkan sejak beberapa tahun yang lepas.

Ketiga: Industri Perkilangan dan IKS

Beberapa tahun lepas, ramai pelabur angkat kaki dari lot-lot industri di Perlis. Dengar khabar akibat daripada pemimpin setempat meminta 'cukai ' dari pelabur-pelabur yang dikatakan tidak masuk akal dan kami sebagai pelapis muda dan rakyat Perlis mahukan penjelasan yang lebih tepat dan lanjut mengenai hal ini kerana negeri kita amat memerlukan pelabur luar bagi menjana ekonomi komuniti dan setempat selain daripada industri kelas pertama sperti pertanian dan perikanan. Kami memohon agar MB Perlis Dato' Mat Isa Sabu memberi penjelasan bagaimana MoU kawasan perindustrian dan kawasan perindustrain yang sedia ada gagal memberi manafaat kepada rakyat setempat.

Cadangan daripada saya untuk membangunkan ekonomi setempat adalah dengan cara menarik peabur luar untuk melabur di dalam industri dengan cara menyediakan tapak kilang/gudang/etc kepada pelabur dan memberi potongan cukai atau pengecualian cukai dengan syarat para pelabur perlulah membuka jawatan tenaga separuh mahir/ mahir atau professional dalam 60%-70% kepada anak-anak tempatan. Dengan cara itu, pelabur dapat manfaat dan kerajaan negeri juga dapat mengurangkan kadar pengangguran setempat selian menaikkan ekonomi komuniti dan negeri dalam situasi menang-menang (win-win situation).

Eksperimen Beban Kerja Keatas Mat Rempit

saya berkhidmat dengan sebuah syarikat kontrator terkenal dan saya telahpun membuat suatu eksperimen terhadap mat rempit dan mat-mat rayau. Setelah saya memberi peluang pekerjaan kepada mereka dengan harapan saya dapat melekakan mereka dengan kerja sehingga tidak lagi memikirkan aktiviti tidak sihat yang sering mereka lakakn sebelum ini termasuk mencuri motosikal danlain-lain jenayah kecil malah mereka sendiri mengaku bahawa mereka lebih selesa menjalani hidup baru mereka sebagai seorang pekerja mahir dan dalm masas yang sama saya menyerap mereka masuk kedalam klinik-klinik kemahiran kerajaan untuk menambah kemahiran dan pengetahun mereka dalam pembinaan dan sistem 'wiring' di Akademi Binaan malaysia (ABM), Giat Mara dan lain-lain institusi kemahiran dan ternyata saya berjaya melahirkan seorang tenaga mahir daripada seorang mat rempit atau mat rayau kepada seorang tenaga mahir.

Sunday, May 11, 2008

Isu Semasa,Pembangunan Belia dan Ekonomi Dalam Komuniti Setempat Negeri Perlis. ,

Assalamualaikum.....

Di bawah pentadbiran baru Negeri Perlis, kami golongan muda amat-amat berharap supaya proses pemulihan ekonomi terutamnya ekonomi belia dan komuniti setempat. Kami warga belia amat mengalu-alukan sebarang langkah menghidupkan semula kawasan perindustrian Kuala Perlis. antara kawasan perindustrian yang lain yang terdapat di negeri ini adalah:
  • Kawasan Perindustrian Jejawi (30.67 hektar)
  • Kawasan Perindustrian Chuping (26.7 hektar)
  • Kawasan Perindustrian Kuala Perlis (32.75 hektar)
  • Kawasan Perindustrian Padang Besar (32.75 hektar)
(sumber kerajaan negeri Perlis.gov)

dahulunya...kawasan perindustrian Kuala Perlis menjaminkan suatu pendapatan sampingan kepada surirumah di kawasan sekitar dengan mengambil upah memasang komponen elektronik pada papan litar bercetak (PCB) dengan upah yang tertentu. Kerja-kerja tersebut dapat dilakukan pada waktu lapang dan menjamin wang sampingan yang mampu meringankan beban isi rumah pada ketika itu. Namun, pada masa ini, sebahagian besar lot-lot kilang tersebut telah tutp dan yang tinggal hanya sebilangan kecil syarikat yang masih utuh menjalankan perusahaan mereka.

Dengar cerita..

Saya mendengar cerita bahawa syarikat-syarikat tersebut bentindak keluar daripada kawasan perindustrian tersebut kerana MB (DSSK) ketika itu mahukan 10% daripada syarikat tersebut. Saya tidak boleh beri komen kerana kebenarannya belum terbukti tetapi bukan itu pokokny sekarang, pokoknya bagai mana pentadbiran baru dapat menghidupka semula kawasan tersebut untuk menghidupkan kembali peluang pekerjaan yang semakin mendesak dikalangan pemuda dan belia negeri Perlis. Saya berharap supaya kerajaan negeri supaya menyelidiki semula cadangan bekas MB DSSK yang mana ingin memberi tanah percuma untuk membina hotel di negeri ini. Ingat! negeri kita amat kurang agropelancongan serta tempat tarikan.

Pada pemikiran kami orang muda, kerajaan negeri haruslah mengambil insiatif awal untuk menarik para pelabur datang melabur di negeri ini. Kawasan perindustrian Kuala perlis menjaminkan kemudahan yang baik. Kawasan perindustrian tersebut menghubung terus dengan lebuhraya Changloon-Kuala Perlis dan berhubung terus dengan dengan lebuhraya utara-seatan (PLUS). Tetapi apa yang kami khuatir adalah sikap sesetengah pemimpin yang suka menjadi ceti moden dengan mengutip cukai rahsia yang mana bakal menyebabkan syarikat terpaksa tutup dan berpindah ketempat yang lain yang tidak kena apa-apa cukai rahsia. Kami warga muda amat berharap kepada kerajaan negeri pimpinan YAB Dato' Dr Mat Isa Sabu supaya tidak memandang ringan saranan kami warga belia negeri demi menjamin kepentingan bersama.

IKS dan Kawasan Perindustrian

Kami menyarankan bahawa, kawasan perindustrian Kuala Perlis dibangunkan sebagai tempat IKS bertapak. Kawasan perindustrian Kuala Perlis sekarang ini tidak ubah seperti tempat jembalang dan jin bertandang kerana di penuhi semak samun dan keadaan mat terbiar kesali selain menjadi sarang maksiat dan lumba haram remaja. Dari pada membiarkan perkara ini menjadi semakin buruk, adalah lebih baik kerajaan negeri menyediakan kot-lot tersebut kepada IKS negeri sebagai bantuan tapak dengan mengenakan bayaran sewa tapak yang rendah kepada IKS selin membuka peluang kepada penduduk setempat mendapat pendapatan sampingan atau peluang pekerjaan terutamanya golongan sasar, belia.


Thursday, May 1, 2008

PENGKHIANAT, MUNAFIK DAN KAFIR HARBI

Assalamualaikum WBT.

agak susah untuk penulis memikirkan apakah tajuk yang sesuai untuk kali ini... Hendak dikutuk di keji dan dimaki, mereka benih bangsa sendiri. Label yang paling sesuai adalah 'katak', munafik dan pengkhianat!!!!

dalam post mortem PRU ke-12 baru-baru ini, PM YAB Dato' Seri Abdullah telah menyatakan bahawa salah satu faktor jatuhnya kerajaan BN dalam PRU adalah kerana PENGKHIANAT! benar, betul dan tidak syak lagi!!!

kita sedia maklum, UMNO adalah parti eksekutif dan telah lama lari dari agenda asal UMNO, membantu mengukuhkan ketuanan Melayu dan menjaga perkara-perkara ASAS yang membentuk suatu bangsa iaitu AGAMA, ADAT RESAM, BUDAYA dan PIRAMID ORGANISASI (BENTUK TULISAN JIKA ADA). Pemimpin elit UMNO kini lebih kepada meng'eksekutif'kan UMNO yang mana menghanyutkan UMNO jauh dari masyarakat terutamanya luar bandar. Jika dilihat YB UMNO, kita lebih membayangkan tali leher dan kot mahal serta tinta emas yang terselit di poket. Rakyat hendak jumpa pun terpaksa pikir 2,3 kali. YB UMNO mcm CEO syarikat. UMNO TERLAMPAU EKSEKUTIF TETAPI PRIMITIF PADA AQLI-NYA. Baliklah kepada asal perjuangan dan dasar penubuhan UMNO 1946 bukan pada hari UMNO diharamkan. Sedarlah UMNO.

UMNO terkenal dengan parti kabilah, suku dan mengamalkan dasar politik mirip zaman jahiliah Arab. Gelap, berperang dan berpolitik 'pagan'. Penyakit UMNO ini jelas apabila Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembukaan ahli kepada bukan Melayu dan setelah daripada itu pelbagai peristiwa membelah UMNO sehingga diharamkan. itu pun belum sedar lagi. Sistem politik khafilah itu wujud hingga kini dan makin serius dan tiada tanda-tanda pemimpin UMNO sedar dan insaf dengan apa yang berlaku dalam PRU 12 yang lalu.

Bila tiba hari penamaan calon bibit-bibit perpecahan semakin nyata. Yang terpilih disahut gembira penyokong dan yang terpinggir menyiapkan iktikad untuk menjatuhkan lawan, bukan dari parti lawan tapi dari parti yang sama. Jahiliah dan HINA! Lawan buat jamuan, kita buat jamuan. Lawan buat kenduri, kita buat kenduri. Lawan rentang poster, kita rentap. Melayu memang Melayu. Di Perlis, bibit pepecahan dikesan lebih awal. Walaupun Perlis menguasai majoriti kerusi DUN dan menyapu bersih kerusi Parlimen, tetapi gelora politik seperti magma yang akan dihambur menjadi lahar. Parti pembangkang dan media masa menanti saat ini untuk publisiti melariskan tulisan dan bentesan keatas kerajaan yang sebelum ini kuat dan gagah. Sayang seribu kali sayang... UMNO yang sebelum ini adalah tunjang kekuatan Melayu diganti dengan DAP dan PKR dan diserang pula parti politik ala komunis Parti Sosialis Malaysia. Sosialis di Malaysia? bagai berada di Cuba dan Russia.

Semasa pilihanraya, UMNO dan BN diserang dari segenap sudut, luar dan dalam. Dari PAS, PKR dan DAP serta dari ahli UMNO yang kecewa. Ada dakwaan mengatakan bahawa salah seorang bekas Adun yang 'tak lekat' penamaan calon sanggup berkempen bagi parti lawan dan masuk ke setiap markas gerakan PRU dengan berbekalkan ayam KFC combo 30 ketul untuk menyatakan sokongan kepada parti lawan. ADUN sebegini adalah munafik parti, pengkhianat parti dan layak diperangi. Adun yang sebegini adalah dari spesis homosapien yang gila kuasa, pangkat dan nama serta meletakkan kepercayaan rakyat berikan sebelum itu kepada taraf yang hina dan rendah. Orang sebegini adalah orang yang terjun ke bidang politik untuk wang dan kuasa atau pun orang yang tidak mempunyai pelajaran yang tinggi dan tiada pekerjaan yang lain yang sesuai dengan kelayakkan. Orang sebegini layak digelar MUNAFIK dan PENGKHIANAT! mereka hanya fikirkan tempolok sendiri untuk membuncitkan lagi perut anak dan bini, mencari wang lebih untuk mobil baru yang besar dan selesa tapi meletakkan nasib bangsa dan nasib anak-anak bangsa yang baru celik dengan dunia seperti saya.Orang bodoh seperti ini hanya berjaya menjual dunianya serta maruah agama dan bangsanya sahaja demi kepentingan diri. Malang ibu yang mengandung kerana anaknya penjual maruah bangsa dan agama.

Sebelum ini, tiada siapa yang mahu mempertikaikan ketuanan Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan keistimewaan Melayu di Malaysia. Tapi, kawan kita dari PKR sudah pandai mempertikaikan semua itu bila joint dengan DAP. DAP ini adalah sebuah parti yang membenci Islam dari segala sudut. Orang bukan Islam terdiri daripada 2 golongan, kafir zimmi (golongan yang tidak beragama Islam tetapi menerima Islam dan pememrintahan Islam secara total dan membantu kerajaan yang diterajui oleh orang Islam dalam segala hal) dan kafir harbi (golongan yang menentang Islam dengan terang). Golongan kafir harbi ini dikatogorikan oleh Nabi SAW golongan yang wajib diperangi. Di Malaysia yang mana sangat harmoni dan aman, kafir harbi ini disayangi oleh pemimpin Islam yang sangat-sangat Islam dan Orang Islam yang suka memberontak. Apa kita kan label kepada kawan karib kafir harbi ini? best friend? tepuk dada tanya minda beku anda.

penulis ingin meminta maaf jika terkasar bahasa. apa yang ada di atas adalah pendapat peribadi dan apa yang penulis dengar di kedai-kedai kopi. Jangan ingat kedai kopi adalah tempat untuk kita sembang kosong, kerana dari kedai kopilah yang menjatuhkan kerajaan BN. Ingat, roda berputar dan pa sahaja boleh berlaku. HIDUP MELAYU BERSATU!

Sunday, April 27, 2008

Yang Menarik Tentang Senario Politik Perlis.

2 minggu lepas, penulis ke sebuah pasar malam di kangar dan apabila pulang terdapat sekeping kertas yang terlekat di 'wiper' kereta penulis. apabila diamati, isi kertas tersebut adalah menjurus situasi dan ingatan politik kepada kepimpinan baru Perlis di bawah Y.A.B Dato' Dr. Md Isa Sabu. isinya jelas. Mengkritik dasar kronisme, nepotisme dan korupsi dalam pentadbiran bekas MB Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim (DSSK). (Penulis baru perasan yang skuad bola sepak Perlis ada pakai baju yg tertera DSSK, ingatkan penaja baru rupa-rupanya nama MB ketika itu.)

Dalam kertas A4 tersebut jelas selain membongkar kelemahan pentadbiran sebelum ini, terdapat juga amaran kepada pemimpin baru supaya mengelak daripada terjebak dalam 'penyakit politik' yang sama seperti DSSK. Apa-apa pun, tulisan yang amat santai yang menggunakan bahasa kedai kopi ini amat jelas sarananya serta menggambarkan kuasa rakyat adalah penentu karier politik seseorang. sama-sama kita renungi....


Assalamualaikum...

AKHIRNYA TERGULING JUGA!!

DARIPADA GEDEMBAI, TOYOL, KELAWAR TOK BAH DAN KONGKIAK

Syukur alhamdulillah, dangan kuasa Allah SWT....Shahidan pun tergulinglah! pasai apa? tak lain dan tak bukan kerana gedembailah (Dato Radzi) dia tegur supaya Shahidan terguling. Toyol menyelinap masuk dalam kelambu Shahidan sampai dia terguling. Kelawar Tok Bah terbang ke sana ke mari sampai dia pening. KOngkiak pulak getik kaki dia sampai rebah tersungkur!Hmmm...Jangan main-main dengan kami, ertinya rakyat Perlis.

Allah dah cerita dalam Quran, Firaun yang angkat dirinya jadi tuhan tenggelam dalam laut, Shahidan Pula angkat dirinya jadi MAHARAJA, dengan kuasa rakyat jatuh tersungkur. Macam tulah orang yang angkuh, takbur, riak hingga minta jadi MB seumur hidup! Semua projek dia yang pegang, semua majlis dia yang rasmi, semua wakil rakyat dia yang kawai, semua pejabat dia yang cekup, sampai BPR dan Polis dia suap cukup-cukup sapa pun tak berani awan. la ni dia nak suap siapa pulak? kononnya gaji buat masjid. siapa yang percaya? semut pun tak percaya! \tumpang rumah kakak konon. dia ada berpuluh-puluh buah rumah, pasai apa kata tumpang rumah kakak?

Alkisah, maka Mat Isa Sabu pun dilantik jadi MB Perlis dengan gelaran YAB Dato' Dr. Mat Isa Sabu. Sepuluh orang menyokongnya, Shahidan tak terbaham. Pak Lah pun tak terkata apa-apa. Kalau dulu, masa Dato' Radzi mintak ganti orang lain jadi MB, dia suruh orang rentang berpuluh-puluh sepanduk kononya sokong dia. Bila Mat Isa diperkenan oleh Raja jadi MB beratus-ratus sepanduk pula sokong Mat Isa dan Raja. Begitulah dunia ini macam roda. berpusing tak henti-henti. Celah-celah tu pula Dato' Seri Radzi letak jawatansebagai S/U BN dan UMNO sebab tak dilantik jadi menteri kabinet. Azmi juga tak jadi menteri lagi. tak adalah rakyat Perlis yang jadi menteri pusat. Tak pa la dunia ni berpusing juga. Tengoklah, Pak Lah pula akan turut jejak orang yang dia singkir tu.

La ni marilah kita bermuhasabah negeri Perlis yang besar cupak ini:

  1. Kita ucap tahniah kepada Raja kita yang begitu berani dan tegas, menggunakan undang-undang negeri Perlis hingga Shahidan tergulig- memang patut kerana dia dan orang-orangnya derhaka kepada Raja. Apa yang jadi kepada orang-orang Shahidan tu ha? 20 orang awak-awak tu jadi macam mana? samseng dan gangster tu buat apa pula? senang saja guling Shahidan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO, senyaplah
  2. kepada YAB Dato' Dr. Mat Isa Sabu (katanya dia benar-benar belajar dapat Dr. tak macam Shahidan, beli Dr.) kami dan rakyat Perlis mula-mul;a ucap tahniah, kedua kami berharap janganlah ikut kelakuan Shahidan tu (ada orang kata Shahetan). Jangan pakai 20 juak-juak tu, sebab guna RM30,000.00 duit raktay sebulan. kita ada macam-macam jabtan boleh buat kerja tu. Kebajian,JKM, pendidikan kita ada jabatan pendidikan, bila buka tender kita ada JKR, kita ada UPENPs. pasai apa shahidan nk kawai semua tu?Hmmm! komesyen 10% tulah!
  3. Negeri kita kecik, buka banyak sangat hasil mahsulnya. berjimat cermatlah berbelanja.majlis yang guna duit banyak tuh kurangkanlah. lawatan ke luar negeri biarlah benar2 berfaedah, ada hasil bawak balik ke negeri ini. tak payah hebat2 sangat pakai kereta tu, kerana semua tu duit rakyat. tak payah hambur duit haram macam shahidan tu. orang Perlis pun ingatlah, duit tu duit haram! duit rasuah 10-30%. Tengok akibatnya, apa akan jadi bila guna duit tu?apa akan jadi pada anak bini kita? rumah terbakar, anak kemalangan, kita jatuh dalam telaga.
  4. wakil rakyat pula ingat, hampa wakil rakyat bukan wakil kerajaan atau Shahidan (mnasa dia jadi MB dulu. Berkhidmat betul2 la untuk rakyat. sebelum ni sampai sekali pun tak pernah jenguk muka. awat? ingat duit Shahidan kah yang bagi gaji kepada depa?
  5. negeri Perlis ini miskin, cuba pujuk pelabur luar datang buka perusahaan di negeri ini. Dulu ada 42 MoU tanda tangan nk buka kilang di Sg Cucuh, satu8 pn tak jadi sebab Shahidan minta 10% (sebab tu orang gelar MB 10%). Mat Isa dan kawan-kawannya jangan buat macam tu pula. cari jalan bagi orang Perlis dapat kerja dan tambah pendsapatan. tengok berapa ramai anak2 kita yang pergi bekerja ke luar negeri. Negeri kita jauh ketinggalan dari segi ekonomi.
  6. janga dok kira nak 'makan kenyang', nak jadi kaya, buat rumah besar, beli kereta dan motosikal banyak, pantang tengok perempuan punggung besar-maksiat tu!kufur tu! kami rakyat perlis ada 400,000 bijimata lebih. apa, kami tak boleh tangok apa yang Shahidan buat dulu? kalau buat macam tu juga ingat, kami guling macam Shahidan tu.
  7. Dato' Seri Radzi dan Dato' Sei Azmi, dah menetap di Perlis. Inilah masanya nak tolong majukan negeri kita. sebelum ni sibuk di KL, harap wakil saja yang jalankan tugas, kami harap Perlis ni benar2 jadi "indera Kayangan"
Cukuplah kami tulis setakat ni, kami kakan tulis lagi bila ada isu-isu panas yang pihak kerajaan kita tak patut buat kepada rakyat. dengan cara ini baru depa sedar dan rakyat tau. Sabda Nabi SAW ' Katakan yang benar walaupun pahit'. Kalau tak ikut Nabi nak ikut sapa?
wabillahitaufik.

*Cuba pakat tengok gambar kawan kita. Dia galas apa tu? "from Perlis with love". (gambar atas)

>>satakat mana kebenaran? ada bukti? buktikan. penulis alu-alukan. Next: penulis akan buka isu Munafik Parti dan pengkhianat bangsa dikalangan adun perlis.
Wallahualam.

Sunday, April 20, 2008

Suara Nasionalis Melayu Muda (Nasionalis)

Intro

Aku teringin menabur sedikit buah fikiran tentang semasa bangsaku. buat blog! suara di dewan tidak didengar atasan. saluran ini sahaja yang dapat membuka mata dan telinga di atas supaya dengar akan suara-suara dibawah. Muda, Darah Panas, Bisa dan Berontak adalah lumrah hidup muda. tidak sedikit pun niat blog ini untuk mengkritik mana-mana pihak baik yang berkuasa atau yang membangkang tetapi buah fikiran yang bernas patut dikongsi bukan dihabiskan di kedai kopi atau di mesin pencarik kertas di bangunan parlimen. biar kerajaan membuka mata mereka kepada golongan 'silent scream' ini dan golongan 'silent scream' ini berjaya membuktikan kuasa mereka ketika berkempen semasa PRU ke-12 yang lepas. ADALAH DIMAKLUMKAN SEGALA BERITA YANG TIDAK BENAR (PADA PANDANGAN YANG TERKENA) YANG DITULIS DIDALAM BLOG INI BUKAN DATANG DARI PENULIS. IA HANYALAH PERNYATAAN YANG DATANG DARI SUMBER YANG TIDAK PASTI SPT KEDAI KOPI DAN DARI MULUT KE MULUT. DAN JIKA ANDA ADALAH SALAH SEORANG YANG TERKENA, TIADA PERNYATAAN MAAF DARI PENULIS CUMA TEKAN BUTANG REPLY UNTUK MENJAWAB SEMUA TUDUHAN TERSEBUT. INGAT!! BLOG NI HANYALAH BERTUJUAN MENYAMPAIKAN KEPADA PIHAK SEPATUTNYA SEDIA TAHU DAN ADALAH SUATU PLATFORM KEPADA PENULIS DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN UNTUK MELUAHKAN BUAH FIKIRAN MASING-MASING TERUTAMA SENARIO TERKINI POLITIK SEMASA MALAYSIA AM-NYA DAN PERLIS KHASNYA. HARAP MAKLUM.






latarbelakang peribadi

dilahirkan di Kuala Perlis pada jun 1984 didalam keluarga petani dan peniaga kecil dan membesar dalam segala serba kekurangan. bersekolah di SK Pdg Besar (S) hingga 1996 dan melanjutkan pelajaran ke MRSM Gerik dan Beseri kemudian mengikuti kursus matrikulasi di Kolej Mara Kulim dan menerima Ijazah sarjana muda dalam bidang elektrik dan elektronik (telekomunikasi). sekarang berkhidmat sebagai pengurus projek di sebuah syarikat pembinaan terkenal di negeri Perlis. Secara tidak langsung terlibat dalam politik setelah tamat pengajian peringkat sarjana muda dan datang dari latarbelakang keluarga yang aktif dalam berpolitik.


Blog

blog adalah satu cara alternatif untuk menyampaikan suatu mesej kepada pihak yang terlibat secara 'silent scream'. blog memainkan peranan penting dan telah terbukti apabila pihak pembangkang telah berjaya memenangi hati rakyat (sebahagian kecil) melalui kempen dari e-mail ke email dan melalui blog. Kerajaan memandang cara kempen ini dapat dipatahkan melalui kempen media 'mainstream' yang sediakala dikawal oleh kerajaan tetapi mereka lupa bahawa rakyat telah muak dengan cara kempen yang 'streotype' dan agak kekampungan. sebagai orang muda sendiri, cara kerajaan berkempen bagi PRU kali ini agak lembab, tidak kreatif, bercelaru serta segelumangi oleh awan-awan 'over confident'. itu belum masuk oleh tukang kempen munafik dari pihak kerajaan sendiri. jika pemimpin dari kalangan kroni merka tidak dicalonkan, maka ahli politik ini dengan kuasa Allah SWT bertukar muka mereka DARI NASIONALIS WANG KEPADA MUNAFIK PARTI YANG QUBRA! di Perlis sendiri pun kita boleh tengok apa yang jadi. senario politik Perlis amat tenat dan membimbangkan dan sekarang dengan kuasa Allah dan redha dari Raja dan Rakyat Perlis, sekarang perlis mula bangun dari awan gelap politik tempatan.


sampai disini sahaja dahulu... ada sedikit masa saya akan upload surat-surat layang mengenai senario politik Perlis yang dilekat pada 'wiper' kereta saya. ayatnya simple tapi penyampiannya amat berkesan.