Saturday, June 21, 2008

MENJUNJUNG KASIH TUANKU RAJA PERLIS


Pada 17hb Jun 2008 yang lepas, bapa saya telah menerima anugerah darjah kebesaran DiRaja Perlis Pingat Mangku Perlis (PMP) semperna ulang tahun keputeraan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullai, Raja dan Pemerintah Negeri dan Segala Jajahan Takluk Negeri Perlis Indera Kayangan di Balairung Seri Istana Arau.

Turut menerima pingat ialah 3 lagi JKKK yang telah lama menyumbang bakti hampir 20 tahun kepada negeri. Pingat tersebut adalah pingat tertinggi yang pernah di anugerahkan kepada pemimpin komuniti di negeri ini sejak ia diperkanankan. Dengan ini patik seisi keluarga menjunjun kasih ke bawah duli Tuanku atas kurniaan Pingat Mangku Perlis (PMP). Daulat tuanku! Raja dan Rakyat Berpisah Tiada!


Wednesday, June 18, 2008

UMNO JATUH KERANA TANGAN-TANGAN AHLI SENDIRI

Saya bercadang setiap mensyuarat agong 3 jenis borang

1. Borang menjadi penyokong pemimpin A
2. Borang menjadi penyokong pemimpin B
3. Borang keluar UMNO

Ingatlah wahai pemimpin dan ahli, UMNO tidak akan mantap dan maju serta tidak akan menjadi tulang belakang Melayu lagi jika kronisme, nepotisme, korupsi dan amalan politik wang terus menjadi RUKUN IMAN pemimpin dan ahli-ahli. Bersihkan UMNO daripada individu seperti ini.

BERSATU KE ARAH UMNO BARU!

PETRONAS TIPU RAKYAT KE?

Ini adalah buletin blog www.friendster.com yang saya terima dan saya telah mendengar hal yang sama. Saya harap sangat-sangat akan penjelasan yang sebenar... Ini adalah mesej sebenar

Wahai warga Malaysia sekelian.... ..hebahkanlah cerita benar ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas.... .
Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi tuuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu....
Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu.... Sebenarnya kita ni duduk je Malaysia...tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan Srawak tu, kita tak penah pakai pun...Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A...Diulangi Minyak Gred A.......semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara...jadi petronas telah beli pulak minyak gred C...Diulang Gred C.....untuk digunakan dimalaysia dan diletak logo Petronas.... dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali...maklumlah minyak gred C.
Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B...Inilah yg rakyat malaysia tak tahu...kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan . Itu lah antara sebab2 nye...
Untuk pengetahuan anda semua...semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan "isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik"...Semua e-mail tersebut adalah mengarut.Anda semua kena tipu.....Minyak tetap naik jugak kan....Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas...sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas...bila makin besar untung...makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat...Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja...Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati.... Dasyat betul diorg menipu rakyat.mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagaihkan sama rata kepada rakyat....Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di malaysia...masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap "bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)"dah la gaji dia rm 6+++...Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus....Pasal Peraduan Car Craze......yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas...apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze...Semua rakyat dapat rasa..ni tidak...dahla jual minyak gred C....Pas tu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu...aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk malaysia...tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex @ Mobil/Esso dan skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. ..Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yg anda suka kerana duit tersebut adalah duit anda...

Monday, June 16, 2008

Y.A.B DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI DAN ZAMANNYA

Assalamualaikum.

Akhbar telah pun menyatakan pernyataan bahawa PM akan meletak jawatan dalam suatu situasi aman dan tersusun. Bagus. Kebanyakkan peralihan kuasa di Malaysia memang begitu. Pak Lah mempunyai visi dan visi tetapi sukar diterima oleh pelbagai lapis dan fahaman masyarakat kerana dikaburkan oleh entiti yang saya pun tidak faham kerana terlalu banyak faktor yang mendorong ke arah tersebut.



ISU ISLAM HADHARI

Pembangkang mempolitikkan isu Islam Hadhari dan berjaya menjual isu ini sehingga tersungkurnya kerajaan pada PRU yang ke 12. Islam Hadhari diperkenalkan apabila dunia mengalami sindrom ISLAMOFOBIA sejak peristiwa 9/11/2001. Dunia menunding jari kepada dunia Islam dan melabel Nabi Muhammad SAW sebagai pengganas, gila seks dan pelbagai tomahan yang dahsyat dan tidak boleh diterima oleh segenap umat Islam. Orang barat serta medianya tidak boleh disalahkan kerana kita boleh lihat kebanyakkan negara-negara Islam boleh dikategorikan sebagai blok miskin dan mengamalkan sistem pemerintahan Islam yang sempit.

Lihat sahaja di Afghanistan dan Pakistan. Wanita tidak dilayan sama adil dengan hak yang sepatutnya mereka dapat termasuk pendidikan dan professionalisme. Melayani isteri dan wanita dengan sepak dan terajang adalah lumrah kehidupan wanita disana dan libralisasi terhadap hak-hak wanita hampir tiada. Pendidikan kepada anak-anak perempuan diabaikan termasuk juga kanak-kanak lelaki yang rata-rata menjadi buruh pada usia muda dan menanggung tanggungjawab keluarga sejak dari usia muda lagi. Kerana faktor kemiskinan inilah yang menyebabkan mereka tiada penggantungan ekonomi dan hidup melarat disamping kesan perang saudara terutama konflik Mujahiddin-Taliban yang menyaksikan pengusaan Amerika di Asia Selatan.

Kesan daripada itu, PM telah pun memperkenalkan cetusan idea Islam Hadhari atau Islam yang bertamadun bagi menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh kepada negara-negara Islam yang lain. Namun hal ini dipolitikkan pembangkang dan mempersoalkan nama Islam Hadhari dengan menyatakan bahawa Islam itu syumul dan sesuai pada setiap zaman dan tiada 2 atau 3 jenis Islam di dunia. Sebenarnya, model negara Islam yang mementingkan hak-hak kepada entiti yang berwajib (tidak zalim) dan menyanggah Islam sebagai agama yang menolak pemodenan. Itulah sebenarnya yang ingin disampaikan kepada dunia dan rakyat tetapi rakyat sekarang terlalu 'alim dan semua rakyat Malaysia lulusan Al-Azhar. Susah la PM, depa bukan faham...nak buat macam mana...


Pak Lah menjadi PM pada zaman yang salah


PM menjadi PM pada zaman yang salah. Not at the right time kata orang London. Beliau menjawat jawatan pada masa dunia mengalami peningkatan inflasi. Saya yakin, kalau nda menjadi PM pada masa sekarang pun anda akan ditolak keluar oleh rakyat. Sebenarnya beliau mampu mentadbir negara dengan baik tetapi rakyat Malaysia tidak diajar bersabar. Lihat saja nahas jalanraya gara-gara tidak sabar.

PM menjadi PM pada zaman harga minyak dunia sedang rancak melambung dan kesannya, beliau dilemparkan sebagai PM (penaik minyak) tapi apakan daya, dari melihat negara muflis, kerajaan kena juga kurangkan subsidi demi menjaga lain-lain urusan rakyat. Rakyat faham Dato' Seri? Tak faham la sebab Dato' Seri Anwar Ibrahim kata dia boleh 'peturun' (menurunkan) harga dengan startegi beliau. Kita harus faham bahawa, harga barang ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia. Kena pulak OPEC tak setuju dengan cadangan naikkan kadar keluaran harian dunia. Kalau macam tu, minyak Petronas jual saja dalam negara. Lombong disini, proses disini, jual disini. Penuhi dulu permintaan domestik berbanding dunia.

PM juga menjadi PM semasa zaman Malaysia ada banyak lepasan Al-Azhar. Masing-masing pandai agama. Isteri PM dan isteri menteri-menteri tak pakai tudung pun jadi isu. Jadi modal. Jadi bahan. Saya tak mahu mengulas lanjut kerana bagi saya itu hal peribadi dan masing-masing bukan kerana takut mengulas. Tapi, itulah isu yang dipalu terutama di kedai-kedai kopi di kampung-kampung.

PM juga menjadi PM Malaysia ketika Malaysia menghadapi reformis yang semakin berani menyentuh isu sensetif keagamaan dan perkauman. Pelbagai benda depa nak. Nak hak itu nak hak ini. zaman Dr M takut pulak nak mintak. Tapi itu la hakikatnya.

PM juga menjadi PM apabila pemberontak parti lahir dalam UMNO sendiri. Tengok saja diri tak tercalon, nak boikot parti, tak mau buat kerja pilihanraya, nak hasut orang lain undi parti lawan/ jangan keluar mengundi sampai Paklah tersepit antara kehendak pemimpin peribadi dan ketuanan sultan dan raja. Sudahlah pening dengan urusan kerja dan negara, depa tambah pulak pening dengan penamaan calon dan jawatan kerusi panas. Dengan Tun Dr. Mahathir tak berani la pulak nak melobi jawatan dan menentang sultan dan raja. Pelikkan?

PM juga menjadi PM apabila rakyat mampu beli 'spy camera' dan alat curi dengar perlakuan PM dan perbualan beliau dengan anggota keluarga beliau. Yelah, sampai rakyat tahu yang Khairi Jamaluddin tu dok tunjuk PM macam mana nak jadi PM. Kalau tak letak spy camera macam mana depa tau? Mana depa tau yang Khairi dok cucuk hidung PM saya pun tak tau. Sebab itu la rakyat tak puas hati terutama dengan KJ sebab masuk campur hal kerajaan. Hebat juga orang Malaysia. Boleh jadi Mat Bond. Biasalah, orang nak jatuhkan kita, macam-macam helah depa cari. Kalau boleh kes besar kuman pun jadilah asalkan BN jatuh, kerajaan lingkup, bangsa pokai dan agama tergadai.

Namun begitu, kredit kepada Pak Lah kerana mampu bertahan dengan perangai Rakyat. Kalau saya, saya akan buat macam Allahyarham Saddam Hussein. Panggil siapa yang tak puas hati, tanam hidup-hidup. Puak mana tak puas hati, tembak dengan senjata kimia. Nasib baik Pak Lah baik lagi. Apa-apa pun, Selagi dia bergelar pemimpin, selagi itu dia perlu dihormati dan dijaga hak-haknya sebagai pemimpin. Pemimpin datang dan pergi dan silih berganti. jasamu dikenang.

sekian.

Friday, June 13, 2008

PENSTRUKTURAN SEMULA UMNO DAN KERAJAAN

Assalamualaikum,

Penstrukturan semula parti amat penting bagi memastikan survivor atau kemandiri bangsa mampu bertahan sehingga selamanya. UMNO telah hilang sokongan dari kebanyakkan ahli 'hardcore' dan hilang 90% sokongan golongan pengundi muda. Dasar parti yang tidak mendampingi golongan ini serta isu-isu dasar yang lain selain gagal menangkis serangan organisasi dan peribadi terhadap pemimpin dan lain-lain ahli telah berjaya menghalang UMNO meraih sokongan daripada golongan sasaran terutamanya golongan PROFESSIONAL dan GRADUAN LEPASAN UNIVERSITI. Kita perlu tahu bahawa rakyat semakin terbuka mengkritik dasar kerajaan dan hak bersuara amat luas dan pemikiran rakyat terutama golongan muda semakin mengembang dan global.

Kerajaan tidak sepatutnya menganggap golongan ini hanya 'budak baru' dalam politik dan tidak tahu apa-apa tentang dunia politik. Kerajaan harus maklum bahawa, setiap isu dalaman politik yang disiarkan oleh media akibat perang media oleh pihak yang bertelagah menyebabkan golongan muda lebih bosan dan secara tidak langsung mendedahkan kekurangan atau kebodohan sebahagian pemimpin dan akhirnya tahap kepercayaan terhadap kebolehan seseorang pemimpin memimpin organisasi terhakis dan seterusnya menurunkan rating populariti.

Secara dasar, pengstrukturan semula parti dan pengukuhan semula organisasi adalah perlu dan pemilihan parti akan datang diharap pemimpin yang bakal dipilih oleh perwakilan bukanlah berdasarkan populariti, politik wang dan dasar pelobian kuasa pemimpin yang bertanding. Buat yang bertanding selamat bertanding. Kurangkan melobi kuasa sebaliknya pulihkan kembali kuasa Melayu dan parti serta kerajaan. WAHAI IBU-IBU KAMI, LAHIRKANLAH LEBIH RAMAI GHAFAR BABA DAN PEMIMPIN ULUNG.

Thursday, June 5, 2008

Minyak naik, Beras turun...Beras gred apa yang turun??

assalamualaikum.

Saya amat tertarik dengan apa yang jadi sehari dua ini kepada negara kita. Kita sedia maklum bahawa seluruh dunia mengalami suatu epidemik ekonomi yang mana soal harga bahan bakar seperti api yang membakar sekeping kertas; bakar dihujung akan menghangatkan hujung yang lain dan lama-kelamaan semuanya akan terbakar.

Saudara/i

Skim penstrukturan subsidi ini sedikit sebanyak bakal mengundang penyakit harga barang esok atau mungkin sedikit masa lagi. Persatuan perniaga A, persatuan penternak B, pemborong C dan lain-lain struktur carta alir kelas ekonomi akan menunding jari dan yang terakhir dan frasa yang terkenal sepanjang zaman ialah...' Dengan kenaikan harga petrol dan diesel, kos pengeluaran dan penghantaran produk kami terpaksa dinaikkan dan lantaran itu pihak persatuan menggesa pihak kerajaan meluluskan harga siling terbaru yang kami cadangkan". Streotype!

Saudara/i

Golongan berpendapatan rendah dan golongan yang tidak bernasib baik.

Kakitangan kerajaan mungkin tiada masalah kerana boleh dikatakan golongan ini akan mendapat manfaat setiap kali perbentangan belanjawan negara tetapi bagaimana dengan kakitangan swasta dan golongan yang berpendapatan rendah serta golongan miskin dan tidak bernasib baik. Barang makin naik. kos sara hidup makin tinggi.

Kerajaan sangat angkuh dalam menepati tuntutan golongan swasta ini supaya gaji minimum RM900.00 diluluskan. Tidakkah pihak kerajaan tahu yang golongan ini seringkali menjadi mangsa syarikat besar yang hanya mengambil kesempatan terhadap golongan ini terutama pengawal keselamatan dan ini tidak termasuk lain-lain kes. Sudahlah kos sara hidup tinggi dibebani pula dengan gaji yang rendah dan fikirkan pula bagi mereka yang berkeluarga. Tidakkah PM tahu akan hakikat ini? Tidakkah bapak-bapak menteri sedari hal ini?

BERAS SUDAH TURUN?

Terima kasih kepada BERNAS kerana menurunkan harga beras tetapi beras itu beras yang jarang dibeli malah tidak akan dibeli oleh majoriti rakyat Malaysia. Sepatutnya mereka menurunkan harga beras gred rendah dan sederhana kerana beras ini adalah makanan ruji bagi golongan kelas tersebut. Fikrkanlah...

Bersyukur...

Namun kami tetap bersyukur diatas rebat tahunan dan diskaun 30sen yang ternyata tidak langsung membantu malah tidak memberi apa-apa manfaat kepada golongan yang tidak memiliki kenderaan bermotor tetapi terpaksa membayar harga barang akibat kenaikan harga bahan bakar.

Berikanlah layanan yang setimpal sama seperti kakitangan kerajaan supaya keselsaan hidup kami lebih terjamin. meluluskan RM900.00 gaji minima bukannya susah. Minta kerajaan lebih perihatin dalam memberi subsidi beras gred umum bukan beras mahal yang tidak mungkin dimakan oleh golongan berpendapatan rendah dan golongan yang tidak bernasib baik.





Wednesday, June 4, 2008

Subsidi Disel dan Petrol Kita Untuk Kita Sahaja

Assalamualaikium.

keadaan di sempadan negara macam nak perang. Teringat rakyat Iraq ketika di ambang peperangan ketika dibawah kekuasaan Allahyarham Saddam Hussein yang mana rakyat jelata berpusu-pusu membeli bekalan makanan dan bahan bakar bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan. Senario tersebut dapat dilihat di bandar-bandar utama sempadan di utara dan selatan negara kita. Terima kasih kepada kerajaan kerana perihatin dengan masalah bahan bakar dan ketirisan subsidi. Sudah lama susidi kita dicebuk secara halal dan haram.


Sebelum 4/6/08...

Saya berusia 24 tahun dan pernah menetap di negeri Johor dan Perlis dan saya berasa amat sedih kerana setiap sen yang saya bayar (cukai kerajaan) dalam bil-bil utiliti, restoran segera dan lain-lain cukai kerajaan masuk ke kantung indidvidu yang tidak sepatutnya dipayungi oleh setiap sen yang saya keluarkan.

Jika dilihat di Johor Bahru dan Batu Pahat serta di Padang Besar dan Kuala Perlis di selatan negara dipenuhi oleh kenderaan mewah negara Singa meratah petrol subsidi daripada setiap sen rakyat Malaysia laburkan kepada kerajaan manakala di utara negeri pula setiap sen subsidi diesel disedut oleh pikap-pikap yang tertera nombor plat bertulisan melengkung dan meliut. Sungguh sedih dan menyedihkan. Duit sumbangan rakyat diratah rakyat negeri lain.

Dengan setiap pengalaman yang saya alami, saya ingin menyarankan pihak kerajaan supaya setiap sen yang kami, rakyat Malaysia tidak mengalir kepada individu atau pihak yang tidak sepatutnya iaitu dengan cara

1. Setiap kenderaan yang bukan berdaftar di Malaysia walaupun dimiliki oleh rakyat Malaysia tidak mengira isipadu (cc) enjin dikenakan harga penuh tanpa subsidi dan

2. Setiap subsudi dialirkan mengikut spesifikasi, tahun keluaran atau jenis kenderaan atau setiap apa sahaja penanda yang difikirkan perlu ditimbangkan untuk diberikan subsidi mengikut kuota tertentu.

Saya yakin dan pasti, dengan cara tersebut pengaliran wang subsidi dapat dioptimakan pengalirannya akan terjadi penipuan subsidi oleh golongan yang tamak tetapi sekurang-kurangnya subsidi dapat dialirkan hampir 100% kepada yang berhak serta rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terbela.

Setelah arahan daripada kerajaan supaya diharamkan stesen minyak tempatan (50km dari sempadan) menjual bahan bakar kepada kenderaan asing boleh dikatakan berjaya memaksimumkan kadar aliran subsidi kepada golongan yang berhak, namun kadar penyeludupan bahan bakar di sepanjang sempadan jika tidak dikawal dengan tindakan serius, boleh mendatangkan masalah ketirisan subsidi kelak.


Malam 4/6/08

Saya memandu di sekitar Kuala Perlis untuk mengisi Petrol apabila terbaca tentang kenaikan harga petrol dan diesel yang saya baca di www.utusan.com.my pada sebelah petangnya. Saya mula keluar daripada rumah untuk mengisi minyak pada jam 8.25p.m dan beratur di stesen minyak selama hampir 2 jam lebih. Kenderaan hampir tidak bergerak. Polis terpaksa membantu lalulintas kerana jalanraya hampir lumpuh. Pelbagai aksi dan ragam manusia dapat dilihat. Tidak cukup dengan tangki minyak kereta, tong-tong minyak turut diisi dan tidak ketinggalan motosikal berkerumun (berkumpul) untuk mengisi minyak. Tepat pada 10.48p.m saya dapat mengisi minyak tangki penuh RM80.00. Sambil menunggu giliran saya mula terfikir bahana kenaikan harga minyak. Tapi saya tetap bersyukur kerana kerajaan kita masih lagi mampu memberikan keistimewaan dan tawaran rebet tunai tahunan dan pemantauan harga minyak bulanan tetapi ianya tidak cukup membantu rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Di Negeri Perlis, rata-rata penduduknya berpendapatan rendah dan sederhana tetapi kami masih bersyukur kerana kos sara hidup yang masih lagi rendah dan releven tidak seperti dibandar tetapi kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan margin terma berpendapatan rendah patut digubah dari margin sekarang ke suatu margin yang patut dikaji semula.

Cuba anda bayangkan, setelah desakan demi desakan dibuat oleh NGO supaya gaji minima kakitangan swata diaraskan pada RM900 tidak diterima kerajaan, mereka yang berpendapatan rendah sampai bila-bila tidak akan terbela kerana kebanyakkan syarikat swasta tidak mengambil hirau akan kebajikan pekerja sementelah pula mereka akan mencari jalan bagi mengurangkan kos sesuatu pembuatan atau kos pemprosesan dengan cara menggaji pekerja dengan gaji yang tidak standard dan ada sesetengahnya mengambil kesempatan dengan mengaut gaji pekerja kedalam poket mereka. Contohnya....

Pulau Pinang.

Sepupu saya seorang OKU dan telah berjumpa dengan seorang ejen pekerjaan dan bersetuju menerima jawatan disebuah kilang elektronik terkemuka. Dia dan rakan-rakannya bertolak ke Pulau Pinang untuk ditemuduga dan sebelum itu beliau telahpun memaklumkan bahawa beliau adalah seorang OKU (tiada kedua-dua belah kaki dan tangan) dan telah ditawarkan untuk menjadi pengawas kemera litar tertutup (CCTV) didalam pejabat kawalan. Tetapi setelah tiba di sana, beliau mendakwa telah diperdaya oleh ejen tersebut kerana pihak majikan hanya mahukan dia di jawatan pengawal keselamatan dan akan diasingkan dari rakan-rakan yang lain setelah sebelum itu dijanjikan sebuah asrama untuk mereka. Turut diasingkan ialah pasangan suami isteri yang menyertai mereka. Gaji mereka yang dijanjikan sebelum itu ialah RM1500 sebulan dan apabila tiba disana, gaji mereka diluluskan sebanyak RM900.00 sebulan. Setelah mereka menolak jawatan tersebut mereka cuba dihalang dari meninggalkan kawasan tersebut serta diugut. Kejadian tersebut disaksikan oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas disitu dan beliau telah memberitahu sesuatu yang mengejutkan.

Suatu hari, fail gaji pengawal keselamatan terjatuh tanpa disedari penyelia keselamatan mereka. Pengawal keselamatan tersebut menjumpai fail gaji tersebut dan dengan jelas bahawa pihak kilang elektronik terkenal tersebut membayar elaun dan gaji mereka seperti yang dijanjikan iaitu RM1500.00 sebulan tetapi gaji tersebut dicabut RM600.00 oleh pihk yang tidak bertanggungjawab (orang dalam syarikat keselamatan) dan dibayar RM900.00 sebulan.

Fikirkan... Dalam keadaan sekarang, jika kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang sesuai dan betul, hidup golongan yang berpendapatan rendah dan kakitangan swasta tidak terbela dengan sebaiknya dan seadilnya. Bukan melabel kerajaan ini zalim.Tidak. Cuma ingin tindakan tegas kerajaan supaya hidup golongan ini tidak tertindas. Golongan kakitangan kerajaan memang diketahui terbela. Bagaimana dengan petani? Nelayan? Tindakan perlu dan tepat mesti cepat diambil kerana ini akan menjadi modal pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan walaupun mereka faham tiada apa yang perlu dibuat melainkan mengurangkan sedikit subsidi bahan api. Tetapi fahamkah akan si petani? si nelayan? si orang-orang kampung? kerana mereka ini senang teperdaya dengan dakyah pembangkang yng kononnya mereka mampu menurunkan harga minyak walaupun harga minyak melambung US$200.00 setong.

Mereka tidak faham. Apa yang mereka faham minyak tidak patut naik kerana kita negara pengeksport minyak dan barang-barang keperluan harian tidak patut naik kerana kita ada semuanya. Ini hanya menguntungkan pihak pembangkang dan populariti perdana menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jatuh merudum dan hanya akan dikenali sebagai P.M (Penaik Minyak) bukan Perdana Menteri atau 'Prime Minister' kerana awal pemerintahan beliau minyak naik 30sen seliter dan kini 75sen seliter. Kita hanya dapat memberi saranan kepada kerajaan dan hanya mereka sahaja yang akan melakukan yang selebihnya.

Apa pun saya berharap pihak kerajaan memberikan segala komitmen yang penuh terhadap masalah ini dan saya sebagai rakyat faham akan keperluan ini tetapi diluar sana mereka tidak akan faham terutamanya pembangkang. Buatlah yang terbaik untuk rakyat kerana masa telah menunjukan dan menceritakan bahawa yang berkuasa adalah rakyat. Lihat sahaja PRU ke-12 dan lihat sahaja negara Nepal yang mana sistem pemerintahan raja telah dimansuhkan. Sekian.

HIDUP.MELAYU.BERSATU
Angkatan Nasionalis Muda