Wednesday, March 16, 2011

Kembali Menulis?

Intro...

1. Sudah lama rasanya tak menulis disini akibat desakan dan tekanan kerja. Sudah terlalu banyak isu yang mahu diketengahkan tetapi masa agak terbatas. Bahkan ada sebahagian hal peribadi yang tidak dapat diselesaikan. '

2. Rasa terpanggil untuk menghidupkan kembali blog ini tapi bukan sekarang mungkin sedikit masa lagi.


Kes Liwat: DSAI Vs Saiful Bukhari

3. Kes perbicaraan kes liwat DSAI masih lagi berjalan. Bukti ditolak mahkamah dan kalau difikirkan balik, lepas ni lebih ramai perogol akan dibebaskan dari penjara sekiranya keputusan mahkamah ini diambil kira atas alasan bahan bukti yang diambil tanpa persetujuan tertuduh. Susah la macam ni.

4. Ramai dari kalangan NGO mendesak & berpiket memaksa DSAI menyerahkan DNA beliau kepada forensik untuk disuaipadan dengan DNA yang dijumpai di dalam dubur Saiful Bukhari tapi beliau tetap dengan keras menolak. Bila nak habis? Karpal Singh pula meminta ditangguhkan perbicaraan atas alasan kematian adik beliau.

5. Disebalik kelam kabut ini, ramai yang telah meninggalkan PKR terutama dari ranting dan cabang PKR akibat hilang kepercayaan kpd kepimpinan DSAI serta pelbagai kepincangan parti. Tengah tenggelam & semakin hampir ke dasar....

Tsunami Di Jepun.

6. Gempa bumi kuat bermagnitud 8.8-9.0 pada skala Richter ber pusat di utara Jepun menyebabkan kejadian Tsunami dahsyat dan akibat dari tsunami tersebut menyebabkan reaktor nuklear meletup dan menghambur radiasi ke udara.

7. Paten angin menunjukkan awan beradiasi mungkin akan dibawa ke bahagian Amerika Utara dan Tokyo serta St. Petersburg telah mencatatkan kehadiaran radiasi pada tahap berbahaya.

Outro

8. Menulis dalam kekalutan memang agak janggal. Saya akn kembali menulis....

Monday, January 31, 2011

Mengarang & Karangan

Intro
1 - Sudah lebih 1 tahun tidak menulis di blog ini. agak sibuk dengan urusan kerja & lain-lain hal.

JKKK & Elaun

2- Saya dapat merasakan pertandingan merebut jawatan JKKK di semua tempat akan menjadi lebih sengit teutama di Negeri Perlis.

3 - Sejak PM DS Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan elaun JKKK & JKKKP dari RM400.00 kepada RM800.00, saya dapat merasakan yang pertandingan akan menjadi lebih sengit.

4 - Blok pemimpin akn meletakkan calon masing-masing dalam setiap cawangan bagi menguatkan pengaruh terutama dalam mendapat sokongan untuk jawatan Pengerusi Badan perhubungan UMNO Negeri.

5 - Secara dasar, saya tidak berminat untuk memilih seseorang yang gila kuasa untuk ke posisi itu dan tidak pula memilih mereka yang setanding mereka itu.

Thursday, July 2, 2009

Muzakarah,debat atau bersatu?

Hadi Awang - Nak 

Nik Aziz - Tak Nak!

Najib - Terbuka dan mengalukan

Nasharudin - Setuju

Nak bersatu pun susah. Nak bersatu pun nk kena ada S.O.P (Prosedur Standard) ke?

Bila nak bersatu, nik Aziz tak nak. Bila Nik Aziz ditempelak ada suara-suara cakap beliau ulama' dan tidak patut di tempelak kerana beliau ULAMA'. Adakah tittle ulama' setiap kata bual beliau menjadi pegangan dan wajib diikuti kerana beliau ulama'? Adakah kata nista beliau patut dipuji dan disokong kerana beliau adalah ulama'?

Umar ibn Khattab pernah ditegur oleh seorang wanita kerana mengucapkan khutbah yang isinya lain seperti dibawa Rasulullah. Kenapa warga kita sekarang terlalu taksub dan mengambil bab-bab tertentu tanpa memikirkannya terlebih dahulu? Mengapa taksub itu menjadi tuhan dalam diri?

Lepas habis isu muzakarah, keluar pula isu berdebat. Nak cari apa? Yang kita dapat adalah bencinya penyokong UMNO kepada kepimpinan PAS dan kebencian penyokong PAS kepada kepimpinan UMNO. Dua-dua jadi abu dan arang.

Kalau mahukan kesatuan Ummah, tidak perlu S.O.P kerana ummah terbentuk dengan muafakat yang tiada had dan melangkaui segala batasan. Biarlah...

Thursday, June 25, 2009

Murtad lagi....

Tolak permohonan isytihar keluar Islam
25/06/2009 3:40pm


KUALA LUMPUR 25 Jun - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menolak permohonan satu keluarga untuk diisytiharkan keluar daripada agama Islam.

Hakim memutuskan demikian kerana terdapat perbezaan dalam kausa tindakan yang berasingan iaitu si ibu merupakan mualaf berketurunan Cina manakala dua anak lelakinya dilahirkan Islam.

Kesemua mereka membuat permohonan tersebut dengan mendakwa tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak ibu mereka bercerai pada 1988. - Utusan

Jabatan Agama Islam cuma pandai berdakwah, follow up kurang. Tak kesah la kalau orang yang bukan Islam menganut Islam semata-mata kerana kepentingan mereka pada ketika dan masa itu. Isu murtad bukan baru. Murtad terjadi atas banyak faktor. Zakat yang Allah peruntukkan sebahagiannya kepada saudara baru kita tidak saya tahu adakah dibelanjakan seperti yang difirmankan. Jika kaedah dan cara kita bersungguh-sungguh seperti awal Islam iaitu 13 tahun pertama Rasulullah buat, semua ni tak terjadi.

Apa yang jadi sekarang? Jabatan Agama lebih suka duduk di office yang berhawa dingin. Begitu juga dengan Pusat Urus Zakat kita. So, dimana kita?

Wednesday, June 24, 2009

Hari-hari biasa...macam biasa, seperti biasa

Isnin dan selasa (semalam) saya berada di Park Royal Hotel, Kuala Lumpur. Ada training airconditioning, chillers, cooling tower & water treatment. Belajar dalam bilik yang sangat sejuk tapi dengan makanan yang enak-enak membuatkan saya tidaklah bersa terlalu penat dan letih. Memandu daripada Batang Kali ke Park Royal tidaklah terlalu jauh tetapi 'traffic jam' yang meletihkan badan. Dari Jalan Pasar hingga ke Rawang jalan raya sesak dgn kenderaan yang datang dari mana ntah.

Saya berasa amat berlainan dengan pengalaman saya di Perlis dulu. Kuala Perlis ke Kangar dengan kelajuan malar 70km/j baru 10 minit. tapi disini tidak. Kalau nak sampai awal harus keluar awal pagi. Saya sepanjang perjalanan melalui Taman Templer, Institut Kraftangan Negara dan Taman Sg Kancing amat menyenangkan dengan rimba yang hijau disepanjang jalan. Amat memenatkan jika tersangkut didalam perjalanan.

Sepanjang jalan tersebut banyak yang saya fikirkan untuk aktiviti dan program belia cawangan yang sedang saya fikirkan. Namun ia mengambil masa dan mungkin sebahagian daripada idea itu tidak boleh diterima oleh sesetengah pihak. 

Saya sampai dirumah pada pukul 7.30 malam. Badan letih bukan kepalang. Tuhan saja yang tahu. Selepas mandi baru terasa segar satu badan...

Sunday, June 21, 2009

Menulis kembali....

Assalamualaikum....

Setelah lama saya tidak menulis akibat kesibukkan kerja namun saya gagahkan juga kuderat ini untuk menulis.

UMNO dan UMNO Muda:Langkah awal saya dan rakan untuk Agama, Bangsa dan Negara

Saya balik ke kampung saya di kampung Terus Teritip, Kuala Perlis untuk majlis pertunangan saya dan Nurul Farhana Mohamad Naim di sini. Disamping itu saya juga dapat menghadiri mensyuarat Pemuda UMNO Cawangan Terus Teritip. Kedatangan amat mengecewakan tetapi ianya rahmat kepada saya dan rakan kerana banyak idae yang bernas dapat kami salurkan bersama. "Berikan aku 10 pemuda, akan ku gegarkan Indonesia!- Jeneral Soekarno". kata-kata itu adalah aspirasi kepada saya walaupun ahli yang datang mensyuarat amat mendukacitakan. Biar sikit asalkan kualiti daripada kuantiti tanpa kualiti.

PKR dan Kuala Perlis...

saya diberitahu bahawa Kuala Perlis baru sahaja menerima PKR sebagai satu pengaruh baru disini. Tapi saya tidak terkejut.Mengapa?

Saari Ludin dan Omar Murad adalah orang UMNO pada seketika dahulu. Saari Ludin adalah ahli UMNO selama berpuluh tahun dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Padang Besar Selatan namun kalah dalam pemilihan cawangan baru-baru ini. Beliau juga adalah diwar-warkan calon ADUN Kuala Perlis yang mana telah disenaraipendekkan sebagai bakal ADUN pada PRU ke-12, tetapi Y.B Mat Hassan lebih berkaliber lalu dipilih sebagai ADUN dan menang pilihanraya.

Umar Murad adalah orang baru dalam UMNO. Sebelum ini beliau merupakan ahli PAS dan baru saja menyertai UMNO dan kemudiannya PKR. Secara mudah, mereka merupakan penyokong kuat DS Shahidan Kassim dan menyertai PKR setelah DS Shahidan Kassim gagal mempertahankan kerusi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan mereka mungkin kecewa apabila seolah-olah dipinggirkan dari UMNO (atau menjauhkan diri). Wallahu'alam..

Dari kacamata saya yang masih muda ini, semua ini hanya drama dan PKR hanya menjadi medan persinggahan sementara supaya akan wujud watak HERO UMNO yang dapat menarik ahli PKR ini menyertai UMNO semula. PKR hanyalah satu 'rumah rehat'. Saya tidak nampak pengaruh PKR di Kuala Perlis meluas tetapi/melainkan kekecewaan ahli UMNO yang tewas pertandingan yang gagal merebut tempat pada cawangan. Memang tindakan mereka betul dengan menyertai PKR kerana, PKR hanya sesuai untuk mereka yang kecewa malah UMNO juga tidak memerlukan orang-orang yang kecewa kerana UMNO Cawangan ini adalah UMNO yang kuat dan berdemokrasi. Mungkin secara sengaja atau kebetulan, kebanyakkan mereka ini adalah orang tidak diberikan kepercayaan dalam parti semasa pemilihan UMNO Cawangan dan penyokong kuat DS Sahidan Kassim pada satu masa dahulu. Mungkin drama ini tidak akan menjadi dan saya yakin dan percaya penyelamat/hero/messiah/al-mahdi UMNO negeri tidak akan timbul dan datang selepas ini kerana al-mahdi ini pun masih terkial-kial mencari jawatan di tempat lain.

UMNO Cawangan dan belia...

Saya akui tidak banyak yang UMNO lakukan kepada belia dalam cawangan saya sejak dari dulu dan saya secara ikhlas tidak nampak akan perubahan yang dibawa UMNO dikalangan belia saya baik dari segi sosial atau pembangunan. Saya dan rakan-rakan yang menghadiri mensyuarat tersebut bersetuju supaya pembangunan belia diutamakan terutama pembangunan minda dan sosial. Kelab-kelab diwujudkan supaya belia ada aktiviti untuk dijalankan selain berpersatuan. Aktiviti lama dihidupkan kembali. Hadrah, berkompang, marhaban dan berzanji dihidupkan semula di keraian. Matlamat kami, Pemuda UMNO Cawangan adalah untuk membasmi kemiskinan melalui pendidikan dan sukan. Kemiskinan disini bukan hanya bermaksud miskin harta tetapi miskin soisal, sivik dan miskin kesedaran akan keperluan untuk bersatu untuk memajukan diri, keluarga, komuniti dan negara.

Kami mencadangkan supaya aktiviti sukan dan rekreasi dihidupkan bagi mencapai matlamat tersebut. Kelab kompang dihidupkan bagi menghidupkan semula aktiviti berkompang pada keraian, kelab bermotor diwujudkan bagi mendidik golongan muda akan kesedaran keselamatan jalanraya dan menghargai nyawa kerana setiap nyawa adalah aset penting negara. pelbagai acara dan aktiviti diatur supaya dapat memenuhi objektif kami bagi mendekati belia.

Sokongan

saya hanya mengharapkan sokongan daripada pucuk parti terutama YAB Menteri Besar, YB ADUN Kuala Perlis, dan YB AP Kangar Dato' Seri Mohd. Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad. Sokongan ini adalah untuk kami memulakan langkah baru bagi memperkuatkn lagi UMNO dan komuniti.

Saturday, July 12, 2008

Seruan saudara Saiful kepada anwar terus dari blog beliau

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakyat Malaysia,
Dengan ini, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya BERMUBAHALAH di hadapan para ulamak.
Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, Ingin saya tegaskan disini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar. Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini.
Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka dan tidak sesekali mempersalahkan rakyat dalam hal ini.
Sebagai mangsa, saya berhak untuk mendapat pembelaan.
"Yang HAK Pasti Berdiri, Yang BATIL Pasti Jatuh", Allahhuakbar.
Sekian,
Saiful Bukhari.
p/s: Kepada Anwar, tetapkan tarikh dan masa untuk BERMUBAHALAH . Insyaallah saya akan hadir. Saya tidak gentar.