Sunday, April 27, 2008

Yang Menarik Tentang Senario Politik Perlis.

2 minggu lepas, penulis ke sebuah pasar malam di kangar dan apabila pulang terdapat sekeping kertas yang terlekat di 'wiper' kereta penulis. apabila diamati, isi kertas tersebut adalah menjurus situasi dan ingatan politik kepada kepimpinan baru Perlis di bawah Y.A.B Dato' Dr. Md Isa Sabu. isinya jelas. Mengkritik dasar kronisme, nepotisme dan korupsi dalam pentadbiran bekas MB Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim (DSSK). (Penulis baru perasan yang skuad bola sepak Perlis ada pakai baju yg tertera DSSK, ingatkan penaja baru rupa-rupanya nama MB ketika itu.)

Dalam kertas A4 tersebut jelas selain membongkar kelemahan pentadbiran sebelum ini, terdapat juga amaran kepada pemimpin baru supaya mengelak daripada terjebak dalam 'penyakit politik' yang sama seperti DSSK. Apa-apa pun, tulisan yang amat santai yang menggunakan bahasa kedai kopi ini amat jelas sarananya serta menggambarkan kuasa rakyat adalah penentu karier politik seseorang. sama-sama kita renungi....


Assalamualaikum...

AKHIRNYA TERGULING JUGA!!

DARIPADA GEDEMBAI, TOYOL, KELAWAR TOK BAH DAN KONGKIAK

Syukur alhamdulillah, dangan kuasa Allah SWT....Shahidan pun tergulinglah! pasai apa? tak lain dan tak bukan kerana gedembailah (Dato Radzi) dia tegur supaya Shahidan terguling. Toyol menyelinap masuk dalam kelambu Shahidan sampai dia terguling. Kelawar Tok Bah terbang ke sana ke mari sampai dia pening. KOngkiak pulak getik kaki dia sampai rebah tersungkur!Hmmm...Jangan main-main dengan kami, ertinya rakyat Perlis.

Allah dah cerita dalam Quran, Firaun yang angkat dirinya jadi tuhan tenggelam dalam laut, Shahidan Pula angkat dirinya jadi MAHARAJA, dengan kuasa rakyat jatuh tersungkur. Macam tulah orang yang angkuh, takbur, riak hingga minta jadi MB seumur hidup! Semua projek dia yang pegang, semua majlis dia yang rasmi, semua wakil rakyat dia yang kawai, semua pejabat dia yang cekup, sampai BPR dan Polis dia suap cukup-cukup sapa pun tak berani awan. la ni dia nak suap siapa pulak? kononnya gaji buat masjid. siapa yang percaya? semut pun tak percaya! \tumpang rumah kakak konon. dia ada berpuluh-puluh buah rumah, pasai apa kata tumpang rumah kakak?

Alkisah, maka Mat Isa Sabu pun dilantik jadi MB Perlis dengan gelaran YAB Dato' Dr. Mat Isa Sabu. Sepuluh orang menyokongnya, Shahidan tak terbaham. Pak Lah pun tak terkata apa-apa. Kalau dulu, masa Dato' Radzi mintak ganti orang lain jadi MB, dia suruh orang rentang berpuluh-puluh sepanduk kononya sokong dia. Bila Mat Isa diperkenan oleh Raja jadi MB beratus-ratus sepanduk pula sokong Mat Isa dan Raja. Begitulah dunia ini macam roda. berpusing tak henti-henti. Celah-celah tu pula Dato' Seri Radzi letak jawatansebagai S/U BN dan UMNO sebab tak dilantik jadi menteri kabinet. Azmi juga tak jadi menteri lagi. tak adalah rakyat Perlis yang jadi menteri pusat. Tak pa la dunia ni berpusing juga. Tengoklah, Pak Lah pula akan turut jejak orang yang dia singkir tu.

La ni marilah kita bermuhasabah negeri Perlis yang besar cupak ini:

  1. Kita ucap tahniah kepada Raja kita yang begitu berani dan tegas, menggunakan undang-undang negeri Perlis hingga Shahidan tergulig- memang patut kerana dia dan orang-orangnya derhaka kepada Raja. Apa yang jadi kepada orang-orang Shahidan tu ha? 20 orang awak-awak tu jadi macam mana? samseng dan gangster tu buat apa pula? senang saja guling Shahidan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO, senyaplah
  2. kepada YAB Dato' Dr. Mat Isa Sabu (katanya dia benar-benar belajar dapat Dr. tak macam Shahidan, beli Dr.) kami dan rakyat Perlis mula-mul;a ucap tahniah, kedua kami berharap janganlah ikut kelakuan Shahidan tu (ada orang kata Shahetan). Jangan pakai 20 juak-juak tu, sebab guna RM30,000.00 duit raktay sebulan. kita ada macam-macam jabtan boleh buat kerja tu. Kebajian,JKM, pendidikan kita ada jabatan pendidikan, bila buka tender kita ada JKR, kita ada UPENPs. pasai apa shahidan nk kawai semua tu?Hmmm! komesyen 10% tulah!
  3. Negeri kita kecik, buka banyak sangat hasil mahsulnya. berjimat cermatlah berbelanja.majlis yang guna duit banyak tuh kurangkanlah. lawatan ke luar negeri biarlah benar2 berfaedah, ada hasil bawak balik ke negeri ini. tak payah hebat2 sangat pakai kereta tu, kerana semua tu duit rakyat. tak payah hambur duit haram macam shahidan tu. orang Perlis pun ingatlah, duit tu duit haram! duit rasuah 10-30%. Tengok akibatnya, apa akan jadi bila guna duit tu?apa akan jadi pada anak bini kita? rumah terbakar, anak kemalangan, kita jatuh dalam telaga.
  4. wakil rakyat pula ingat, hampa wakil rakyat bukan wakil kerajaan atau Shahidan (mnasa dia jadi MB dulu. Berkhidmat betul2 la untuk rakyat. sebelum ni sampai sekali pun tak pernah jenguk muka. awat? ingat duit Shahidan kah yang bagi gaji kepada depa?
  5. negeri Perlis ini miskin, cuba pujuk pelabur luar datang buka perusahaan di negeri ini. Dulu ada 42 MoU tanda tangan nk buka kilang di Sg Cucuh, satu8 pn tak jadi sebab Shahidan minta 10% (sebab tu orang gelar MB 10%). Mat Isa dan kawan-kawannya jangan buat macam tu pula. cari jalan bagi orang Perlis dapat kerja dan tambah pendsapatan. tengok berapa ramai anak2 kita yang pergi bekerja ke luar negeri. Negeri kita jauh ketinggalan dari segi ekonomi.
  6. janga dok kira nak 'makan kenyang', nak jadi kaya, buat rumah besar, beli kereta dan motosikal banyak, pantang tengok perempuan punggung besar-maksiat tu!kufur tu! kami rakyat perlis ada 400,000 bijimata lebih. apa, kami tak boleh tangok apa yang Shahidan buat dulu? kalau buat macam tu juga ingat, kami guling macam Shahidan tu.
  7. Dato' Seri Radzi dan Dato' Sei Azmi, dah menetap di Perlis. Inilah masanya nak tolong majukan negeri kita. sebelum ni sibuk di KL, harap wakil saja yang jalankan tugas, kami harap Perlis ni benar2 jadi "indera Kayangan"
Cukuplah kami tulis setakat ni, kami kakan tulis lagi bila ada isu-isu panas yang pihak kerajaan kita tak patut buat kepada rakyat. dengan cara ini baru depa sedar dan rakyat tau. Sabda Nabi SAW ' Katakan yang benar walaupun pahit'. Kalau tak ikut Nabi nak ikut sapa?
wabillahitaufik.

*Cuba pakat tengok gambar kawan kita. Dia galas apa tu? "from Perlis with love". (gambar atas)

>>satakat mana kebenaran? ada bukti? buktikan. penulis alu-alukan. Next: penulis akan buka isu Munafik Parti dan pengkhianat bangsa dikalangan adun perlis.
Wallahualam.

Sunday, April 20, 2008

Suara Nasionalis Melayu Muda (Nasionalis)

Intro

Aku teringin menabur sedikit buah fikiran tentang semasa bangsaku. buat blog! suara di dewan tidak didengar atasan. saluran ini sahaja yang dapat membuka mata dan telinga di atas supaya dengar akan suara-suara dibawah. Muda, Darah Panas, Bisa dan Berontak adalah lumrah hidup muda. tidak sedikit pun niat blog ini untuk mengkritik mana-mana pihak baik yang berkuasa atau yang membangkang tetapi buah fikiran yang bernas patut dikongsi bukan dihabiskan di kedai kopi atau di mesin pencarik kertas di bangunan parlimen. biar kerajaan membuka mata mereka kepada golongan 'silent scream' ini dan golongan 'silent scream' ini berjaya membuktikan kuasa mereka ketika berkempen semasa PRU ke-12 yang lepas. ADALAH DIMAKLUMKAN SEGALA BERITA YANG TIDAK BENAR (PADA PANDANGAN YANG TERKENA) YANG DITULIS DIDALAM BLOG INI BUKAN DATANG DARI PENULIS. IA HANYALAH PERNYATAAN YANG DATANG DARI SUMBER YANG TIDAK PASTI SPT KEDAI KOPI DAN DARI MULUT KE MULUT. DAN JIKA ANDA ADALAH SALAH SEORANG YANG TERKENA, TIADA PERNYATAAN MAAF DARI PENULIS CUMA TEKAN BUTANG REPLY UNTUK MENJAWAB SEMUA TUDUHAN TERSEBUT. INGAT!! BLOG NI HANYALAH BERTUJUAN MENYAMPAIKAN KEPADA PIHAK SEPATUTNYA SEDIA TAHU DAN ADALAH SUATU PLATFORM KEPADA PENULIS DAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN UNTUK MELUAHKAN BUAH FIKIRAN MASING-MASING TERUTAMA SENARIO TERKINI POLITIK SEMASA MALAYSIA AM-NYA DAN PERLIS KHASNYA. HARAP MAKLUM.






latarbelakang peribadi

dilahirkan di Kuala Perlis pada jun 1984 didalam keluarga petani dan peniaga kecil dan membesar dalam segala serba kekurangan. bersekolah di SK Pdg Besar (S) hingga 1996 dan melanjutkan pelajaran ke MRSM Gerik dan Beseri kemudian mengikuti kursus matrikulasi di Kolej Mara Kulim dan menerima Ijazah sarjana muda dalam bidang elektrik dan elektronik (telekomunikasi). sekarang berkhidmat sebagai pengurus projek di sebuah syarikat pembinaan terkenal di negeri Perlis. Secara tidak langsung terlibat dalam politik setelah tamat pengajian peringkat sarjana muda dan datang dari latarbelakang keluarga yang aktif dalam berpolitik.


Blog

blog adalah satu cara alternatif untuk menyampaikan suatu mesej kepada pihak yang terlibat secara 'silent scream'. blog memainkan peranan penting dan telah terbukti apabila pihak pembangkang telah berjaya memenangi hati rakyat (sebahagian kecil) melalui kempen dari e-mail ke email dan melalui blog. Kerajaan memandang cara kempen ini dapat dipatahkan melalui kempen media 'mainstream' yang sediakala dikawal oleh kerajaan tetapi mereka lupa bahawa rakyat telah muak dengan cara kempen yang 'streotype' dan agak kekampungan. sebagai orang muda sendiri, cara kerajaan berkempen bagi PRU kali ini agak lembab, tidak kreatif, bercelaru serta segelumangi oleh awan-awan 'over confident'. itu belum masuk oleh tukang kempen munafik dari pihak kerajaan sendiri. jika pemimpin dari kalangan kroni merka tidak dicalonkan, maka ahli politik ini dengan kuasa Allah SWT bertukar muka mereka DARI NASIONALIS WANG KEPADA MUNAFIK PARTI YANG QUBRA! di Perlis sendiri pun kita boleh tengok apa yang jadi. senario politik Perlis amat tenat dan membimbangkan dan sekarang dengan kuasa Allah dan redha dari Raja dan Rakyat Perlis, sekarang perlis mula bangun dari awan gelap politik tempatan.


sampai disini sahaja dahulu... ada sedikit masa saya akan upload surat-surat layang mengenai senario politik Perlis yang dilekat pada 'wiper' kereta saya. ayatnya simple tapi penyampiannya amat berkesan.