Thursday, June 25, 2009

Murtad lagi....

Tolak permohonan isytihar keluar Islam
25/06/2009 3:40pm


KUALA LUMPUR 25 Jun - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menolak permohonan satu keluarga untuk diisytiharkan keluar daripada agama Islam.

Hakim memutuskan demikian kerana terdapat perbezaan dalam kausa tindakan yang berasingan iaitu si ibu merupakan mualaf berketurunan Cina manakala dua anak lelakinya dilahirkan Islam.

Kesemua mereka membuat permohonan tersebut dengan mendakwa tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak ibu mereka bercerai pada 1988. - Utusan

Jabatan Agama Islam cuma pandai berdakwah, follow up kurang. Tak kesah la kalau orang yang bukan Islam menganut Islam semata-mata kerana kepentingan mereka pada ketika dan masa itu. Isu murtad bukan baru. Murtad terjadi atas banyak faktor. Zakat yang Allah peruntukkan sebahagiannya kepada saudara baru kita tidak saya tahu adakah dibelanjakan seperti yang difirmankan. Jika kaedah dan cara kita bersungguh-sungguh seperti awal Islam iaitu 13 tahun pertama Rasulullah buat, semua ni tak terjadi.

Apa yang jadi sekarang? Jabatan Agama lebih suka duduk di office yang berhawa dingin. Begitu juga dengan Pusat Urus Zakat kita. So, dimana kita?

No comments: