Thursday, July 2, 2009

Muzakarah,debat atau bersatu?

Hadi Awang - Nak 

Nik Aziz - Tak Nak!

Najib - Terbuka dan mengalukan

Nasharudin - Setuju

Nak bersatu pun susah. Nak bersatu pun nk kena ada S.O.P (Prosedur Standard) ke?

Bila nak bersatu, nik Aziz tak nak. Bila Nik Aziz ditempelak ada suara-suara cakap beliau ulama' dan tidak patut di tempelak kerana beliau ULAMA'. Adakah tittle ulama' setiap kata bual beliau menjadi pegangan dan wajib diikuti kerana beliau ulama'? Adakah kata nista beliau patut dipuji dan disokong kerana beliau adalah ulama'?

Umar ibn Khattab pernah ditegur oleh seorang wanita kerana mengucapkan khutbah yang isinya lain seperti dibawa Rasulullah. Kenapa warga kita sekarang terlalu taksub dan mengambil bab-bab tertentu tanpa memikirkannya terlebih dahulu? Mengapa taksub itu menjadi tuhan dalam diri?

Lepas habis isu muzakarah, keluar pula isu berdebat. Nak cari apa? Yang kita dapat adalah bencinya penyokong UMNO kepada kepimpinan PAS dan kebencian penyokong PAS kepada kepimpinan UMNO. Dua-dua jadi abu dan arang.

Kalau mahukan kesatuan Ummah, tidak perlu S.O.P kerana ummah terbentuk dengan muafakat yang tiada had dan melangkaui segala batasan. Biarlah...

No comments: