Sunday, May 11, 2008

Isu Semasa,Pembangunan Belia dan Ekonomi Dalam Komuniti Setempat Negeri Perlis. ,

Assalamualaikum.....

Di bawah pentadbiran baru Negeri Perlis, kami golongan muda amat-amat berharap supaya proses pemulihan ekonomi terutamnya ekonomi belia dan komuniti setempat. Kami warga belia amat mengalu-alukan sebarang langkah menghidupkan semula kawasan perindustrian Kuala Perlis. antara kawasan perindustrian yang lain yang terdapat di negeri ini adalah:
  • Kawasan Perindustrian Jejawi (30.67 hektar)
  • Kawasan Perindustrian Chuping (26.7 hektar)
  • Kawasan Perindustrian Kuala Perlis (32.75 hektar)
  • Kawasan Perindustrian Padang Besar (32.75 hektar)
(sumber kerajaan negeri Perlis.gov)

dahulunya...kawasan perindustrian Kuala Perlis menjaminkan suatu pendapatan sampingan kepada surirumah di kawasan sekitar dengan mengambil upah memasang komponen elektronik pada papan litar bercetak (PCB) dengan upah yang tertentu. Kerja-kerja tersebut dapat dilakukan pada waktu lapang dan menjamin wang sampingan yang mampu meringankan beban isi rumah pada ketika itu. Namun, pada masa ini, sebahagian besar lot-lot kilang tersebut telah tutp dan yang tinggal hanya sebilangan kecil syarikat yang masih utuh menjalankan perusahaan mereka.

Dengar cerita..

Saya mendengar cerita bahawa syarikat-syarikat tersebut bentindak keluar daripada kawasan perindustrian tersebut kerana MB (DSSK) ketika itu mahukan 10% daripada syarikat tersebut. Saya tidak boleh beri komen kerana kebenarannya belum terbukti tetapi bukan itu pokokny sekarang, pokoknya bagai mana pentadbiran baru dapat menghidupka semula kawasan tersebut untuk menghidupkan kembali peluang pekerjaan yang semakin mendesak dikalangan pemuda dan belia negeri Perlis. Saya berharap supaya kerajaan negeri supaya menyelidiki semula cadangan bekas MB DSSK yang mana ingin memberi tanah percuma untuk membina hotel di negeri ini. Ingat! negeri kita amat kurang agropelancongan serta tempat tarikan.

Pada pemikiran kami orang muda, kerajaan negeri haruslah mengambil insiatif awal untuk menarik para pelabur datang melabur di negeri ini. Kawasan perindustrian Kuala perlis menjaminkan kemudahan yang baik. Kawasan perindustrian tersebut menghubung terus dengan lebuhraya Changloon-Kuala Perlis dan berhubung terus dengan dengan lebuhraya utara-seatan (PLUS). Tetapi apa yang kami khuatir adalah sikap sesetengah pemimpin yang suka menjadi ceti moden dengan mengutip cukai rahsia yang mana bakal menyebabkan syarikat terpaksa tutup dan berpindah ketempat yang lain yang tidak kena apa-apa cukai rahsia. Kami warga muda amat berharap kepada kerajaan negeri pimpinan YAB Dato' Dr Mat Isa Sabu supaya tidak memandang ringan saranan kami warga belia negeri demi menjamin kepentingan bersama.

IKS dan Kawasan Perindustrian

Kami menyarankan bahawa, kawasan perindustrian Kuala Perlis dibangunkan sebagai tempat IKS bertapak. Kawasan perindustrian Kuala Perlis sekarang ini tidak ubah seperti tempat jembalang dan jin bertandang kerana di penuhi semak samun dan keadaan mat terbiar kesali selain menjadi sarang maksiat dan lumba haram remaja. Dari pada membiarkan perkara ini menjadi semakin buruk, adalah lebih baik kerajaan negeri menyediakan kot-lot tersebut kepada IKS negeri sebagai bantuan tapak dengan mengenakan bayaran sewa tapak yang rendah kepada IKS selin membuka peluang kepada penduduk setempat mendapat pendapatan sampingan atau peluang pekerjaan terutamanya golongan sasar, belia.


No comments: