Friday, May 30, 2008

Kemiskinan dan agihan sumber Negeri Perlis.

Kemiskinan di negeri Perlis membawa kepada keciciran pelajaran dan masalah sosial yang lain. Lihat sahaja apa yang terjadi di Kuala Perlis baru-baru ini? Kejadian berlaku di kawasan setinggan yang tidak terurus setelah sekian lama. Rata-rata penduduk setinggan adalah hidup dibawah margin kemiskinan setempat. Harus diingat, dibawah pemerintahan bekas MB Shahidan Kassim, golongan yang tidak bernasib baik adalah lebih daripada terbela dan kenyang daripada orang 'bernasib baik' di Perlis. Lihat sahaja bulan Ramadhan setiap tahun, boleh dikatan pelbagai jenis orang yang telah pun di'gred'kan oleh kerajaan negeri pada ketika itu mendapat pelbagai sumbangan termasuk drebar teksi, pelajar, ibu tunggal, orang miskin, OKU, warga emas dan pelbagai jenis golongan yang patut dibantu dan yang tidak patut bantu (dari segi geografi dan persempadanan).

Skim Pembahagian/Pengagihan Bantuan

Ramai juga yang mengeluh pada ketika itu kerana cara pembahagian yang tidak kena cara dan ketikanya dan sebagai contoh, warga mas di minta berkumpul di Dewan Warisan Kangar dari sebelum berbuka hingga lewat malam dan diseli oleh ucapan panjang berjela oleh MB atau wakil MB yang kadang-kadang boleh dikatogorikan sebagai 'free speech' yang langsung tidak menghiraukan keadaan fizkal penerima yang terpaksa beratur panjang dan bersesak-sesak seperti dalam tin sardin. Wajarkah kerajaan negeri membiarkan warga emas yang sebahagiannya langsung tidak mampu membawa diri dalam keadaan sedemikain rupa?

Kedua: Bantuan Kemiskinan.

Golongan ini sering ditumpu selain ibu tunggal. Tetapi, skim batuan berterusan adalah amat tidak selari dengan keadaan semasa yang mana bantuan seperti itu hanya perlu apabila rakyat menghadapi musibah/darurat. Jika golongan seperti ini di ajar suap, lama-kelamaan golongan ini hanya tahu merayu bantuan kerajaan tanpa mahu berusaha meningkatkan ekonomi diri dan setempat. Bagaimana jika kerajaan negeri meminda skim bantuan kemiskinan dengan cara mewujudkan suatu peluang pekerjaan kepada golongan ini dengan menghidupkan semula plan perindustrian negeri yang TERBENGKALAI ketika dibawah Dato' Seri Shahidan Kassim. Lot-lot kilang di Kuala Perlis sudah lama terbiar dengan lalang dan jin-syaitan setelah ditinggalkan sejak beberapa tahun yang lepas.

Ketiga: Industri Perkilangan dan IKS

Beberapa tahun lepas, ramai pelabur angkat kaki dari lot-lot industri di Perlis. Dengar khabar akibat daripada pemimpin setempat meminta 'cukai ' dari pelabur-pelabur yang dikatakan tidak masuk akal dan kami sebagai pelapis muda dan rakyat Perlis mahukan penjelasan yang lebih tepat dan lanjut mengenai hal ini kerana negeri kita amat memerlukan pelabur luar bagi menjana ekonomi komuniti dan setempat selain daripada industri kelas pertama sperti pertanian dan perikanan. Kami memohon agar MB Perlis Dato' Mat Isa Sabu memberi penjelasan bagaimana MoU kawasan perindustrian dan kawasan perindustrain yang sedia ada gagal memberi manafaat kepada rakyat setempat.

Cadangan daripada saya untuk membangunkan ekonomi setempat adalah dengan cara menarik peabur luar untuk melabur di dalam industri dengan cara menyediakan tapak kilang/gudang/etc kepada pelabur dan memberi potongan cukai atau pengecualian cukai dengan syarat para pelabur perlulah membuka jawatan tenaga separuh mahir/ mahir atau professional dalam 60%-70% kepada anak-anak tempatan. Dengan cara itu, pelabur dapat manfaat dan kerajaan negeri juga dapat mengurangkan kadar pengangguran setempat selian menaikkan ekonomi komuniti dan negeri dalam situasi menang-menang (win-win situation).

Eksperimen Beban Kerja Keatas Mat Rempit

saya berkhidmat dengan sebuah syarikat kontrator terkenal dan saya telahpun membuat suatu eksperimen terhadap mat rempit dan mat-mat rayau. Setelah saya memberi peluang pekerjaan kepada mereka dengan harapan saya dapat melekakan mereka dengan kerja sehingga tidak lagi memikirkan aktiviti tidak sihat yang sering mereka lakakn sebelum ini termasuk mencuri motosikal danlain-lain jenayah kecil malah mereka sendiri mengaku bahawa mereka lebih selesa menjalani hidup baru mereka sebagai seorang pekerja mahir dan dalm masas yang sama saya menyerap mereka masuk kedalam klinik-klinik kemahiran kerajaan untuk menambah kemahiran dan pengetahun mereka dalam pembinaan dan sistem 'wiring' di Akademi Binaan malaysia (ABM), Giat Mara dan lain-lain institusi kemahiran dan ternyata saya berjaya melahirkan seorang tenaga mahir daripada seorang mat rempit atau mat rayau kepada seorang tenaga mahir.

No comments: