Wednesday, June 4, 2008

Subsidi Disel dan Petrol Kita Untuk Kita Sahaja

Assalamualaikium.

keadaan di sempadan negara macam nak perang. Teringat rakyat Iraq ketika di ambang peperangan ketika dibawah kekuasaan Allahyarham Saddam Hussein yang mana rakyat jelata berpusu-pusu membeli bekalan makanan dan bahan bakar bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan. Senario tersebut dapat dilihat di bandar-bandar utama sempadan di utara dan selatan negara kita. Terima kasih kepada kerajaan kerana perihatin dengan masalah bahan bakar dan ketirisan subsidi. Sudah lama susidi kita dicebuk secara halal dan haram.


Sebelum 4/6/08...

Saya berusia 24 tahun dan pernah menetap di negeri Johor dan Perlis dan saya berasa amat sedih kerana setiap sen yang saya bayar (cukai kerajaan) dalam bil-bil utiliti, restoran segera dan lain-lain cukai kerajaan masuk ke kantung indidvidu yang tidak sepatutnya dipayungi oleh setiap sen yang saya keluarkan.

Jika dilihat di Johor Bahru dan Batu Pahat serta di Padang Besar dan Kuala Perlis di selatan negara dipenuhi oleh kenderaan mewah negara Singa meratah petrol subsidi daripada setiap sen rakyat Malaysia laburkan kepada kerajaan manakala di utara negeri pula setiap sen subsidi diesel disedut oleh pikap-pikap yang tertera nombor plat bertulisan melengkung dan meliut. Sungguh sedih dan menyedihkan. Duit sumbangan rakyat diratah rakyat negeri lain.

Dengan setiap pengalaman yang saya alami, saya ingin menyarankan pihak kerajaan supaya setiap sen yang kami, rakyat Malaysia tidak mengalir kepada individu atau pihak yang tidak sepatutnya iaitu dengan cara

1. Setiap kenderaan yang bukan berdaftar di Malaysia walaupun dimiliki oleh rakyat Malaysia tidak mengira isipadu (cc) enjin dikenakan harga penuh tanpa subsidi dan

2. Setiap subsudi dialirkan mengikut spesifikasi, tahun keluaran atau jenis kenderaan atau setiap apa sahaja penanda yang difikirkan perlu ditimbangkan untuk diberikan subsidi mengikut kuota tertentu.

Saya yakin dan pasti, dengan cara tersebut pengaliran wang subsidi dapat dioptimakan pengalirannya akan terjadi penipuan subsidi oleh golongan yang tamak tetapi sekurang-kurangnya subsidi dapat dialirkan hampir 100% kepada yang berhak serta rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana akan terbela.

Setelah arahan daripada kerajaan supaya diharamkan stesen minyak tempatan (50km dari sempadan) menjual bahan bakar kepada kenderaan asing boleh dikatakan berjaya memaksimumkan kadar aliran subsidi kepada golongan yang berhak, namun kadar penyeludupan bahan bakar di sepanjang sempadan jika tidak dikawal dengan tindakan serius, boleh mendatangkan masalah ketirisan subsidi kelak.


Malam 4/6/08

Saya memandu di sekitar Kuala Perlis untuk mengisi Petrol apabila terbaca tentang kenaikan harga petrol dan diesel yang saya baca di www.utusan.com.my pada sebelah petangnya. Saya mula keluar daripada rumah untuk mengisi minyak pada jam 8.25p.m dan beratur di stesen minyak selama hampir 2 jam lebih. Kenderaan hampir tidak bergerak. Polis terpaksa membantu lalulintas kerana jalanraya hampir lumpuh. Pelbagai aksi dan ragam manusia dapat dilihat. Tidak cukup dengan tangki minyak kereta, tong-tong minyak turut diisi dan tidak ketinggalan motosikal berkerumun (berkumpul) untuk mengisi minyak. Tepat pada 10.48p.m saya dapat mengisi minyak tangki penuh RM80.00. Sambil menunggu giliran saya mula terfikir bahana kenaikan harga minyak. Tapi saya tetap bersyukur kerana kerajaan kita masih lagi mampu memberikan keistimewaan dan tawaran rebet tunai tahunan dan pemantauan harga minyak bulanan tetapi ianya tidak cukup membantu rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Di Negeri Perlis, rata-rata penduduknya berpendapatan rendah dan sederhana tetapi kami masih bersyukur kerana kos sara hidup yang masih lagi rendah dan releven tidak seperti dibandar tetapi kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan margin terma berpendapatan rendah patut digubah dari margin sekarang ke suatu margin yang patut dikaji semula.

Cuba anda bayangkan, setelah desakan demi desakan dibuat oleh NGO supaya gaji minima kakitangan swata diaraskan pada RM900 tidak diterima kerajaan, mereka yang berpendapatan rendah sampai bila-bila tidak akan terbela kerana kebanyakkan syarikat swasta tidak mengambil hirau akan kebajikan pekerja sementelah pula mereka akan mencari jalan bagi mengurangkan kos sesuatu pembuatan atau kos pemprosesan dengan cara menggaji pekerja dengan gaji yang tidak standard dan ada sesetengahnya mengambil kesempatan dengan mengaut gaji pekerja kedalam poket mereka. Contohnya....

Pulau Pinang.

Sepupu saya seorang OKU dan telah berjumpa dengan seorang ejen pekerjaan dan bersetuju menerima jawatan disebuah kilang elektronik terkemuka. Dia dan rakan-rakannya bertolak ke Pulau Pinang untuk ditemuduga dan sebelum itu beliau telahpun memaklumkan bahawa beliau adalah seorang OKU (tiada kedua-dua belah kaki dan tangan) dan telah ditawarkan untuk menjadi pengawas kemera litar tertutup (CCTV) didalam pejabat kawalan. Tetapi setelah tiba di sana, beliau mendakwa telah diperdaya oleh ejen tersebut kerana pihak majikan hanya mahukan dia di jawatan pengawal keselamatan dan akan diasingkan dari rakan-rakan yang lain setelah sebelum itu dijanjikan sebuah asrama untuk mereka. Turut diasingkan ialah pasangan suami isteri yang menyertai mereka. Gaji mereka yang dijanjikan sebelum itu ialah RM1500 sebulan dan apabila tiba disana, gaji mereka diluluskan sebanyak RM900.00 sebulan. Setelah mereka menolak jawatan tersebut mereka cuba dihalang dari meninggalkan kawasan tersebut serta diugut. Kejadian tersebut disaksikan oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas disitu dan beliau telah memberitahu sesuatu yang mengejutkan.

Suatu hari, fail gaji pengawal keselamatan terjatuh tanpa disedari penyelia keselamatan mereka. Pengawal keselamatan tersebut menjumpai fail gaji tersebut dan dengan jelas bahawa pihak kilang elektronik terkenal tersebut membayar elaun dan gaji mereka seperti yang dijanjikan iaitu RM1500.00 sebulan tetapi gaji tersebut dicabut RM600.00 oleh pihk yang tidak bertanggungjawab (orang dalam syarikat keselamatan) dan dibayar RM900.00 sebulan.

Fikirkan... Dalam keadaan sekarang, jika kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang sesuai dan betul, hidup golongan yang berpendapatan rendah dan kakitangan swasta tidak terbela dengan sebaiknya dan seadilnya. Bukan melabel kerajaan ini zalim.Tidak. Cuma ingin tindakan tegas kerajaan supaya hidup golongan ini tidak tertindas. Golongan kakitangan kerajaan memang diketahui terbela. Bagaimana dengan petani? Nelayan? Tindakan perlu dan tepat mesti cepat diambil kerana ini akan menjadi modal pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan walaupun mereka faham tiada apa yang perlu dibuat melainkan mengurangkan sedikit subsidi bahan api. Tetapi fahamkah akan si petani? si nelayan? si orang-orang kampung? kerana mereka ini senang teperdaya dengan dakyah pembangkang yng kononnya mereka mampu menurunkan harga minyak walaupun harga minyak melambung US$200.00 setong.

Mereka tidak faham. Apa yang mereka faham minyak tidak patut naik kerana kita negara pengeksport minyak dan barang-barang keperluan harian tidak patut naik kerana kita ada semuanya. Ini hanya menguntungkan pihak pembangkang dan populariti perdana menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jatuh merudum dan hanya akan dikenali sebagai P.M (Penaik Minyak) bukan Perdana Menteri atau 'Prime Minister' kerana awal pemerintahan beliau minyak naik 30sen seliter dan kini 75sen seliter. Kita hanya dapat memberi saranan kepada kerajaan dan hanya mereka sahaja yang akan melakukan yang selebihnya.

Apa pun saya berharap pihak kerajaan memberikan segala komitmen yang penuh terhadap masalah ini dan saya sebagai rakyat faham akan keperluan ini tetapi diluar sana mereka tidak akan faham terutamanya pembangkang. Buatlah yang terbaik untuk rakyat kerana masa telah menunjukan dan menceritakan bahawa yang berkuasa adalah rakyat. Lihat sahaja PRU ke-12 dan lihat sahaja negara Nepal yang mana sistem pemerintahan raja telah dimansuhkan. Sekian.

HIDUP.MELAYU.BERSATU
Angkatan Nasionalis Muda

No comments: