Thursday, June 5, 2008

Minyak naik, Beras turun...Beras gred apa yang turun??

assalamualaikum.

Saya amat tertarik dengan apa yang jadi sehari dua ini kepada negara kita. Kita sedia maklum bahawa seluruh dunia mengalami suatu epidemik ekonomi yang mana soal harga bahan bakar seperti api yang membakar sekeping kertas; bakar dihujung akan menghangatkan hujung yang lain dan lama-kelamaan semuanya akan terbakar.

Saudara/i

Skim penstrukturan subsidi ini sedikit sebanyak bakal mengundang penyakit harga barang esok atau mungkin sedikit masa lagi. Persatuan perniaga A, persatuan penternak B, pemborong C dan lain-lain struktur carta alir kelas ekonomi akan menunding jari dan yang terakhir dan frasa yang terkenal sepanjang zaman ialah...' Dengan kenaikan harga petrol dan diesel, kos pengeluaran dan penghantaran produk kami terpaksa dinaikkan dan lantaran itu pihak persatuan menggesa pihak kerajaan meluluskan harga siling terbaru yang kami cadangkan". Streotype!

Saudara/i

Golongan berpendapatan rendah dan golongan yang tidak bernasib baik.

Kakitangan kerajaan mungkin tiada masalah kerana boleh dikatakan golongan ini akan mendapat manfaat setiap kali perbentangan belanjawan negara tetapi bagaimana dengan kakitangan swasta dan golongan yang berpendapatan rendah serta golongan miskin dan tidak bernasib baik. Barang makin naik. kos sara hidup makin tinggi.

Kerajaan sangat angkuh dalam menepati tuntutan golongan swasta ini supaya gaji minimum RM900.00 diluluskan. Tidakkah pihak kerajaan tahu yang golongan ini seringkali menjadi mangsa syarikat besar yang hanya mengambil kesempatan terhadap golongan ini terutama pengawal keselamatan dan ini tidak termasuk lain-lain kes. Sudahlah kos sara hidup tinggi dibebani pula dengan gaji yang rendah dan fikirkan pula bagi mereka yang berkeluarga. Tidakkah PM tahu akan hakikat ini? Tidakkah bapak-bapak menteri sedari hal ini?

BERAS SUDAH TURUN?

Terima kasih kepada BERNAS kerana menurunkan harga beras tetapi beras itu beras yang jarang dibeli malah tidak akan dibeli oleh majoriti rakyat Malaysia. Sepatutnya mereka menurunkan harga beras gred rendah dan sederhana kerana beras ini adalah makanan ruji bagi golongan kelas tersebut. Fikrkanlah...

Bersyukur...

Namun kami tetap bersyukur diatas rebat tahunan dan diskaun 30sen yang ternyata tidak langsung membantu malah tidak memberi apa-apa manfaat kepada golongan yang tidak memiliki kenderaan bermotor tetapi terpaksa membayar harga barang akibat kenaikan harga bahan bakar.

Berikanlah layanan yang setimpal sama seperti kakitangan kerajaan supaya keselsaan hidup kami lebih terjamin. meluluskan RM900.00 gaji minima bukannya susah. Minta kerajaan lebih perihatin dalam memberi subsidi beras gred umum bukan beras mahal yang tidak mungkin dimakan oleh golongan berpendapatan rendah dan golongan yang tidak bernasib baik.





No comments: