Friday, June 13, 2008

PENSTRUKTURAN SEMULA UMNO DAN KERAJAAN

Assalamualaikum,

Penstrukturan semula parti amat penting bagi memastikan survivor atau kemandiri bangsa mampu bertahan sehingga selamanya. UMNO telah hilang sokongan dari kebanyakkan ahli 'hardcore' dan hilang 90% sokongan golongan pengundi muda. Dasar parti yang tidak mendampingi golongan ini serta isu-isu dasar yang lain selain gagal menangkis serangan organisasi dan peribadi terhadap pemimpin dan lain-lain ahli telah berjaya menghalang UMNO meraih sokongan daripada golongan sasaran terutamanya golongan PROFESSIONAL dan GRADUAN LEPASAN UNIVERSITI. Kita perlu tahu bahawa rakyat semakin terbuka mengkritik dasar kerajaan dan hak bersuara amat luas dan pemikiran rakyat terutama golongan muda semakin mengembang dan global.

Kerajaan tidak sepatutnya menganggap golongan ini hanya 'budak baru' dalam politik dan tidak tahu apa-apa tentang dunia politik. Kerajaan harus maklum bahawa, setiap isu dalaman politik yang disiarkan oleh media akibat perang media oleh pihak yang bertelagah menyebabkan golongan muda lebih bosan dan secara tidak langsung mendedahkan kekurangan atau kebodohan sebahagian pemimpin dan akhirnya tahap kepercayaan terhadap kebolehan seseorang pemimpin memimpin organisasi terhakis dan seterusnya menurunkan rating populariti.

Secara dasar, pengstrukturan semula parti dan pengukuhan semula organisasi adalah perlu dan pemilihan parti akan datang diharap pemimpin yang bakal dipilih oleh perwakilan bukanlah berdasarkan populariti, politik wang dan dasar pelobian kuasa pemimpin yang bertanding. Buat yang bertanding selamat bertanding. Kurangkan melobi kuasa sebaliknya pulihkan kembali kuasa Melayu dan parti serta kerajaan. WAHAI IBU-IBU KAMI, LAHIRKANLAH LEBIH RAMAI GHAFAR BABA DAN PEMIMPIN ULUNG.

No comments: