Monday, June 16, 2008

Y.A.B DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI DAN ZAMANNYA

Assalamualaikum.

Akhbar telah pun menyatakan pernyataan bahawa PM akan meletak jawatan dalam suatu situasi aman dan tersusun. Bagus. Kebanyakkan peralihan kuasa di Malaysia memang begitu. Pak Lah mempunyai visi dan visi tetapi sukar diterima oleh pelbagai lapis dan fahaman masyarakat kerana dikaburkan oleh entiti yang saya pun tidak faham kerana terlalu banyak faktor yang mendorong ke arah tersebut.



ISU ISLAM HADHARI

Pembangkang mempolitikkan isu Islam Hadhari dan berjaya menjual isu ini sehingga tersungkurnya kerajaan pada PRU yang ke 12. Islam Hadhari diperkenalkan apabila dunia mengalami sindrom ISLAMOFOBIA sejak peristiwa 9/11/2001. Dunia menunding jari kepada dunia Islam dan melabel Nabi Muhammad SAW sebagai pengganas, gila seks dan pelbagai tomahan yang dahsyat dan tidak boleh diterima oleh segenap umat Islam. Orang barat serta medianya tidak boleh disalahkan kerana kita boleh lihat kebanyakkan negara-negara Islam boleh dikategorikan sebagai blok miskin dan mengamalkan sistem pemerintahan Islam yang sempit.

Lihat sahaja di Afghanistan dan Pakistan. Wanita tidak dilayan sama adil dengan hak yang sepatutnya mereka dapat termasuk pendidikan dan professionalisme. Melayani isteri dan wanita dengan sepak dan terajang adalah lumrah kehidupan wanita disana dan libralisasi terhadap hak-hak wanita hampir tiada. Pendidikan kepada anak-anak perempuan diabaikan termasuk juga kanak-kanak lelaki yang rata-rata menjadi buruh pada usia muda dan menanggung tanggungjawab keluarga sejak dari usia muda lagi. Kerana faktor kemiskinan inilah yang menyebabkan mereka tiada penggantungan ekonomi dan hidup melarat disamping kesan perang saudara terutama konflik Mujahiddin-Taliban yang menyaksikan pengusaan Amerika di Asia Selatan.

Kesan daripada itu, PM telah pun memperkenalkan cetusan idea Islam Hadhari atau Islam yang bertamadun bagi menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh kepada negara-negara Islam yang lain. Namun hal ini dipolitikkan pembangkang dan mempersoalkan nama Islam Hadhari dengan menyatakan bahawa Islam itu syumul dan sesuai pada setiap zaman dan tiada 2 atau 3 jenis Islam di dunia. Sebenarnya, model negara Islam yang mementingkan hak-hak kepada entiti yang berwajib (tidak zalim) dan menyanggah Islam sebagai agama yang menolak pemodenan. Itulah sebenarnya yang ingin disampaikan kepada dunia dan rakyat tetapi rakyat sekarang terlalu 'alim dan semua rakyat Malaysia lulusan Al-Azhar. Susah la PM, depa bukan faham...nak buat macam mana...


Pak Lah menjadi PM pada zaman yang salah


PM menjadi PM pada zaman yang salah. Not at the right time kata orang London. Beliau menjawat jawatan pada masa dunia mengalami peningkatan inflasi. Saya yakin, kalau nda menjadi PM pada masa sekarang pun anda akan ditolak keluar oleh rakyat. Sebenarnya beliau mampu mentadbir negara dengan baik tetapi rakyat Malaysia tidak diajar bersabar. Lihat saja nahas jalanraya gara-gara tidak sabar.

PM menjadi PM pada zaman harga minyak dunia sedang rancak melambung dan kesannya, beliau dilemparkan sebagai PM (penaik minyak) tapi apakan daya, dari melihat negara muflis, kerajaan kena juga kurangkan subsidi demi menjaga lain-lain urusan rakyat. Rakyat faham Dato' Seri? Tak faham la sebab Dato' Seri Anwar Ibrahim kata dia boleh 'peturun' (menurunkan) harga dengan startegi beliau. Kita harus faham bahawa, harga barang ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia. Kena pulak OPEC tak setuju dengan cadangan naikkan kadar keluaran harian dunia. Kalau macam tu, minyak Petronas jual saja dalam negara. Lombong disini, proses disini, jual disini. Penuhi dulu permintaan domestik berbanding dunia.

PM juga menjadi PM semasa zaman Malaysia ada banyak lepasan Al-Azhar. Masing-masing pandai agama. Isteri PM dan isteri menteri-menteri tak pakai tudung pun jadi isu. Jadi modal. Jadi bahan. Saya tak mahu mengulas lanjut kerana bagi saya itu hal peribadi dan masing-masing bukan kerana takut mengulas. Tapi, itulah isu yang dipalu terutama di kedai-kedai kopi di kampung-kampung.

PM juga menjadi PM Malaysia ketika Malaysia menghadapi reformis yang semakin berani menyentuh isu sensetif keagamaan dan perkauman. Pelbagai benda depa nak. Nak hak itu nak hak ini. zaman Dr M takut pulak nak mintak. Tapi itu la hakikatnya.

PM juga menjadi PM apabila pemberontak parti lahir dalam UMNO sendiri. Tengok saja diri tak tercalon, nak boikot parti, tak mau buat kerja pilihanraya, nak hasut orang lain undi parti lawan/ jangan keluar mengundi sampai Paklah tersepit antara kehendak pemimpin peribadi dan ketuanan sultan dan raja. Sudahlah pening dengan urusan kerja dan negara, depa tambah pulak pening dengan penamaan calon dan jawatan kerusi panas. Dengan Tun Dr. Mahathir tak berani la pulak nak melobi jawatan dan menentang sultan dan raja. Pelikkan?

PM juga menjadi PM apabila rakyat mampu beli 'spy camera' dan alat curi dengar perlakuan PM dan perbualan beliau dengan anggota keluarga beliau. Yelah, sampai rakyat tahu yang Khairi Jamaluddin tu dok tunjuk PM macam mana nak jadi PM. Kalau tak letak spy camera macam mana depa tau? Mana depa tau yang Khairi dok cucuk hidung PM saya pun tak tau. Sebab itu la rakyat tak puas hati terutama dengan KJ sebab masuk campur hal kerajaan. Hebat juga orang Malaysia. Boleh jadi Mat Bond. Biasalah, orang nak jatuhkan kita, macam-macam helah depa cari. Kalau boleh kes besar kuman pun jadilah asalkan BN jatuh, kerajaan lingkup, bangsa pokai dan agama tergadai.

Namun begitu, kredit kepada Pak Lah kerana mampu bertahan dengan perangai Rakyat. Kalau saya, saya akan buat macam Allahyarham Saddam Hussein. Panggil siapa yang tak puas hati, tanam hidup-hidup. Puak mana tak puas hati, tembak dengan senjata kimia. Nasib baik Pak Lah baik lagi. Apa-apa pun, Selagi dia bergelar pemimpin, selagi itu dia perlu dihormati dan dijaga hak-haknya sebagai pemimpin. Pemimpin datang dan pergi dan silih berganti. jasamu dikenang.

sekian.

No comments: